UsuliFaqih dot com

20 Aug, 2009

Yang Penting Bertaubat

Posted by: usulifaqih In: Umum

UF nak ulas sikit pasal seorang bekas model wanita yang telah dijatuhkan hukuman kerana kesalahan minum arak. Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan pada 20 Julai 2009 telah menjatuhkan hukuman maksimun enam sebatan dan denda RM 5000 terhadapnya setelah disabitkan atas kesalahan meminum arak. Surat khabar melaporkan yang beliau insaf dan reda atas hukuman yang dijatuhkan kepadanya oleh mahkamah. Malah beliau mahukan hukuman sebatan itu dijalankan di khalayak ramai supaya pihak keluarga dan media menyaksikannya (walaupun niatnya mungkin tidak tercapai).

Alhamdulillah jika wanita tersebut sudah insaf atas kesalahan dosa besar (minum arak) yang dilakukannya. Kebetulan UF mengajar di surau al-Hijrah Kota Warisan mengenai Bab al-Jinayat (Hudud) yang salah satunya ialah hukum hudud bagi peminum arak. Walaupun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Kuantan hanyalah berbentuk takzir dan bukannya hudud, namun sedikit (tak banyak pun) membuka mata ramai pihak yang Mahkamah Syariah juga mempunyai kuasa untuk menghukum pesalah-pesalah jenayah Syariah berdasarkan enakmen-enakmen Syariah bagi negeri-negeri.

UF hanya nak nasihatkan kepada wanita tersebut dan mana-mana pesalah jenayah yang lain, yang penting ialah taubat nasuha kepada Allah Taala. Walaupun hukuman di dunia (sebatan, penjara dan lain-lain) telah dilaksanakan, belum tentu hukuman di akhirat akan terlepas. Berusahalah untuk melepaskan diri juga dari hukuman akhirat iaitu dengan bertaubat setaubat taubatnya di dunia ini kerana masih ada kesempatan selagi nyawa masih ada.

Pesalah jenayah yang dilaksanakan hukumannya di dunia dan dia telah bertaubat sebenar-benarnya serta menyesal
atas perbuatannya, Insya Allah akan terlepas daripada hukuman (azab) Allah di akhirat nanti. Manakala pesalah jenayah yang tidak insaf ataupun bertaubat kepada Allah walaupun setelah dilaksanakan hukuman dunia ke atasnya, akan berhadapan pula azab Allah di sana nanti. Maka amat malanglah baginya, dua kali menerima hukuman.

Renung-renungkanlah!

Share/Save/Bookmark

4 Responses to "Yang Penting Bertaubat"

1 | mat

August 21st, 2009 at 12:26 am

Avatar

“andai dapat ku kaitkan bintang malam, pasti ku sembahkan padanya tanda ku memohon ampun”

ni boleh jadi contoh taubat tak? hehehh

2 | usulifaqih

August 21st, 2009 at 10:37 am

Avatar

Semacam je taubat ni… siap boleh gelak lagi tu… tu lirik lagu boleh la… taubat ni penyesalan yang bersungguh-sungguh dan kembali kepada Allah…

3 | mat

August 22nd, 2009 at 11:48 pm

Avatar

ooo… ingatkn camtu pun kira tobat jgak.
ustat, slamat la sambut ramadan. doakan le kami ni bleh sabor heheh… tobat taknak curik2 telan air masa kumur2 dah. nyesal…

4 | usulifaqih

August 26th, 2009 at 6:34 am

Avatar

Ye la tu mat… insaf jangan tak insaf… selamat berpuasa jugak…

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!