Kelmarin 15 April 2009 (hari lahir anak UF), pagi-pagi lagi dalam pukul 7 masa nak hantar anak ke sekolah dapat satu mesej daripada kawan suruh beli paper Kosmo. Dia kata ada cerita pasal USIM dan UF pun belilah paper tu nak tahu cerita apa. Rupa-rupanya ex-lecturer FSU (iaitu fakulti UF sendiri) “dedahkan” satu “cerita” tentang dirinya yang “disuruh” (ikut kata dia dipaksa) untuk menilai semula keputusan periksa. Walaupun UF tak berada di fakulti masa perkara ni berlaku (sebab cuti belajar), tapi UF tahu cerita ni. Ex-lecturer ni mengajar subjek Law dan UF tidaklah kenal rapat sangat dengan dia, cuma ada bersembang beberapa kali dengannya.
Ada satu hari UF pergi ke INFAD untuk cari bahan, adalah beberapa orang pelajar ada di situ sedang buat kerja untuk INFAD. Seorang pelajar tanya, “Us. apa hukum tak mentaati guru?”. UF balas balik, “Ish apa punya soalan ni”. Mana boleh seorang pelajar tidak mentaati gurunya, walau macam mana tak suka pun, tetap kena hormat. Lepas tu barulah dieorang buka cerita, ada seorang lecturer FSU ni yang suka kutuk dan memandang rendah kepada mereka. Kiranya dieorang meluahkan perasaan sampai ada yang mengalir air mata penuh perasaan.
UF tanya siapa lecturer tu tapi dieorang taknak beritahu. UF agak mesti lecturer baru sebab lecturer-lecturer lama UF kenal sangat dan tak pernah ada pelajar yang kondem secara negatif. Takpalah kalau dieorang taknak beritahu dan lepas tu UF ada jalankan “siasatan” bertanyakan rakan-rakan fakulti tentang keadaan yang berlaku. Semua tak tahu, tapi petunjuk yang ada terarah kepada seorang lecturer baru wanita yang agak kritis dan sinis (bak kata orang mulut takde insuran). Dia ni sampai berani lawan cakap dengan dekan dalam mesyuarat fakulti dan akan berjumpa secara berdepan dengan sesiapa saja kalau dia tahu orang tu ada “berkata-kata” tentangnya.
Banyaklah cerita pasal lecturer ni dan kemuncaknya sekali bila lepas periksa tahun 2008 semester 2, hanya 4 orang pelajar yang lulus daripada 157 orang pelajar. Mesyuarat penyelarasan gred yang dipengerusikan oleh dekan sendiri telah meminta agar lecturer ni “menilai semula” keputusan yang diberikan. Berlaku silap faham bila dia kata dekan suruh ubah keputusan tu untuk jaga maruah fakulti. UF rasa kalau siapa yang berfikiran waras, boleh faham surat yang dipegang oleh lecturer tu seperti yang tersiar dalam paper Kosmo 15 April 09 samada dia dipaksa atau sebaliknya.
Dia telah forwardkan emelnya kepada ramai pihak termasuk KPT untuk menjustifikasikan tindakannya. Habis banyak pihak kena hentam dengannya dari Dato’ NC, Tim. NC, dekan sampailah rakan-rakan fakulti sendiri. Dalam emelnya dia mempersendakan pelajar sebab tidak fasih bahasa Inggeris dan mendabik dada yang anak-anak dia boleh bercakap Inggeris sebab dia cakap bahasa tu dengan anak sejak dalam kandungan lagi. Bagi UF seorang lecturer yang baik, kena terima dan boleh mengajar semua pelajar tidak kira mereka tu bagus atau lemah. Kalau lemah, motivasikan dan ia kena berterusan. Kalaulah mereka gagal kerana lemah dan tak faham bahasa Inggeris dan tak layak untuk diluluskan, UF nak tanya 1 soalan, dalam solat, adakah lecturer tu faham semua makna bacaan dalam solat, jadi apa hukum solatnya itu? Lulus atau gagal?
Akhir sekali, lecturer tu ambil keputusan untuk tinggalkan USIM pada akhir tahun 2008 lepas. Semua pihak rasa lega bila dia keluar sebab dia seorang ni lain macam sikit. Difahamkan memang perangai dia macam tu dan bermasalah dengan semua tempat yang dia pergi. Ingatkan dia dah tutup “buku”, rupanya dendamnya dengan USIM masih belum reda, sebab tulah dia dedahkan dalam Kosmo kelmarin. USIM dah glamour satu Malaysia kelmarin. Apa motifnya, Wallahu A’lam.








