UsuliFaqih dot com

23 Oct, 2008

Tiada rezki ke Jordan

Posted by: usulifaqih In: Umum

Dalam post lepas UF ada sentuh pasal peluang pelajar tajaan KPT dalam dan luar negara untuk bentang kertas kerja dalam seminar atau kutip data. Memang UF pernah pergi ke KPT untuk tanyakan hal tersebut dan jawapannya seperti yang UF sebut sebelum ini. UF pelajar tajaan KPT dalam negara memang kecewa sebab tak boleh pergi ke luar negara untuk cari bahan dan hanya boleh ke luar negara atas kapasiti pembentang kertas kerja sahaja.

Kekecewaan itu terubat bila UF hantar satu kertas kerja untuk seminar Ta’amul Ma’a al-Nusus al-Syariyyah anjuranUniversity of Jordan pada 4-6 November 2008 dan diterima untuk pembentangan. Memang rasa gembira sebab berpeluang ke Jordan untuk bentang kertas kerja di samping cari bahan untuk tesis Ph.D. UF pun buat permohonan bersama seorang lagi sahabat UF kepada Jawatankuasa Cuti Belajar (JKCB) USIM yang dipengerusikan oleh Dato’ NC.

“Ku sangka bahagia jawapannya, tapi kecewa akhirnya” bila diberitahu keputusan JKCB tidak meluluskan pemergian UF ke seminar tersebut. Alasannya UF pernah guna peruntukan tiket kapal terbang masa pergi Syria dulu, jadi tiada lagi peruntukan tersebut untuk UF gunakan ke Jordan. Bila dapat tahu keputusan tu, memang hancur luluhlah perasaan UF. Manakala kawan UF tu memang dapat pergi sebab dia hanya sambung Ph.D di UIAM.

Keesokan pagi UF pergi jumpa Dato’ NC sendiri untuk buat rayuan, tapi Dato’ NC kata “rule is rule”, sebab dah jadi polisi KPT. Dia kata bagi pihak dia, memang dia galakkan pergi tapi USIM tak boleh bantu beri peruntukan sebab melibatkan polisi KPT. Jika diberi juga ia akan menimbulkan masalah kepada USIM dengan audit.

Walaupun kecewa, tapi UF akur dan pasrah sebab tidak semua perkara dalam dunia ni kita akan dapat. Terkadang kita gembira, terkadang kita terluka dan yang penting jangan cabaran ini menjadikan diri kita sebagai negatif. Terima hakikat ini dengan hati positif dan UF masih positif. Mungkin tidak kali ini, tapi akan dapat yang lebih besar akan datang.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Tiada rezki ke Jordan"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!