UsuliFaqih dot com

06 Oct, 2009

Temuduga Tauliah Mengajar

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah| Umum

Hari ini UF pergi temuduga untuk dapatkan tauliah mengajar di JAIS pada jam 11 pagi. Dok mengajar di surau/masjid dah lama tapi tak ada tauliah pun. Jadi UF mohon tauliah rasmi untuk elak apa-apa masalah pada masa akan datang.

Bila sampai di JAIS, sebelum temuduga UF diberi satu borang yang perlu diisi. Borang tu mengandungi beberapa soalan,  kira lebih kurang ujian ringkas untuk uji keilmuan seseorang pemohon tauliah. UF kata ujian ringkas sebab soalan-soalannya mudah, kira soalan basic je. Contohnya apa itu najis mughallazah, perlu atau tidak melafazkan “Usalli” ketika nak solat  dan sebagainya.

Masa dipanggil masuk ke dalam bilik temuduga ada 2 orang yang menemuduga. Hanya bersembang biasa bukan temuduga formal sangat. Di samping sembang-sembang tu,UF ditanya apa pandangan tentang isu Kartika (model yang kena sebat sebab minum arak). UF jawab, yang jadi keliru sebab orang ramai tak faham tentang enakmen jenayah syariah negeri-negeri.  Kalau tahu dan faham, takkan timbul polemik pro dan kontra macam dalam surat khabar.

UF ditanya lagi, beliau (Kartika) dijatuhkan hukuman dengan 6 sebatan atau dirotan 6 kali. Mula-mula UF jawab tu hanya perbezaan istilah dan selalunya memang pesalah disebat dengan rotan. Namun penemuduga tanya, betul ka dengan rotan? Baru UF terfikir balik, ye tak ya juga, zaman Rasulullah pesalah bukannya disebat dengan rotan (mana ada pokok rotan di negara arab).

Yang tersebut dalam ayat Quran dan hadis, ialah suruhan untuk “sebat” pesalah (peminum arak contohnya) dan tidak diperincikan sebat itu dengan apa. Sebab itulah ada para sahabat yang sebat guna kasut, pelepah tamar dan sebagainya. Penemuduga tu kata, nak menunjukkan yang hukum Syariat tu begitu indah dah tidak menzalimi orang walaupun pesalah. UF juga diminta untuk menjelaskan isu ni kepada orang ramai dan UF angguk je.

Kebetulan dah sebut pasal sebat menyebat ni, Institut Pengurusan dan Penyelidikan Fatwa Sedunia (INFAD), USIM akan menganjurkan satu muzakarah ilmiah yang bertajuk: “Hikmah dan Hukuman Sebat: Perspektif Syariah dan Perubatan“. Ia akan diadakan pada:

Tarikh: 9 Oktober 2009
Hari: Jumaat
Masa: 9 pagi
Tempat: Bilik Mesyuarat Utama FSU, USIM

SENARAI PEMBENTANG :
 
1. PANEL 1: PROF. DATO’ DR. MAHMOOD ZUHDI HJ. ABDUL MAJID (TIMBALAN DEKAN, ISTAC UIA)
2. PANEL 2: DR.ZULKIFLI MOHAMAD AL-BAKRI (KARYAWAN TAMU INFAD)
3. PANEL 3: DR. BURHANUDDIN BUSU (PENSYARAH FPSK)

Semua dijemput hadir!

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Temuduga Tauliah Mengajar"

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 5 Total Visit: 6525 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Aktiviti Terkini UF

Tazkirah Ramadan Surau al-Hijrah, Kota Warisan 3-5 Sep 2010

  • usulifaqih: air paip ke air tangki ke asalnya sama ada daripada air mata air atau sungai atau mana-mana sumber. Yang penting ia air mutlak. Maka bolehla untuk dig
  • baidah: air paip? tak boleh bersuci? air tangki? tangki air kecik saiz 3 baldi plak. alaaa.... xplain lah ikut kontemporari ust
  • usulifaqih: Insya Allah... sama-samalah kita memberi dan menerima manfaat untuk kebaikan Islam.

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. Klik gambar untuk maklumat lanjut: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!