UsuliFaqih dot com

19 Dec, 2008

Sijil MA

Posted by: usulifaqih In: Umum

Minggu lepas UF pulang ke Penang sebab ada kenduri sepupu. Balik tak lama pun sebab jumaat balik sana dan hari ahad dah balik ke sini. Sebelum balik tu singgah ke rumah mertua dan kebetulan isteri dan UF naik ke atas rumah (yang tak pernah digunakan semenjak ayah mertua meninggal) untuk lihat barang. Tetiba ternampak satu kotak yang ada nama UF dan bila buka je kotak tu ternampak sijil MA (versi bahasa Melayu) yang memang dicari-cari selama ni.

Sejak balik dari Syria tahun 2006, UF memang dok cari sijil tu dan memang susah hati sebab tak ingat simpan di mana. Apatah lagi UF dah “kehilangan” sijil asal BA dan MA (versi bahasa Inggeris) sebab masa minta Universiti Damascus kena kemukakan sijil yang asli untuk permohonan. Mulanya sijil tu memang sampai ke sana tapi bila urusan dah selesai sijil-sijil tu ntah ke mana. Bila UF tanya jabatan, pegawai kata ada pada penyelia, tapi bila tanya penyelia, dia kata ada kat jabatan.
Jadi UF terpaksalah terima hakikat yang sijil-sijil tu dah hilang dan itu harga yang UF terpaksa bayar untuk mohon Universiti Damascus. Sebab tulah UF bila jumpa balik sijil MA (versi bahasa Melayu) tu rasa bersyukur sangat. Sekurang-kurangnya tak hilang semua sebab sijil MA ni dapat 2 versi, satu bahasa Melayu dan satu lagi bahasa Inggeris dan yang hilang tu versi bahasa Inggeris.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Sijil MA"

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!