UsuliFaqih dot com

28 Feb, 2009

Siapa Ulil Amri?

Posted by: usulifaqih In: Umum

Di bawah adalah isi kandungan emel UF kepada Dinsman:

Bila kita membincangkan tentang ayat ke 59 surah al-Nisa’ yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, taatilah Allah, taatilah Rasul dan Ulil Amri daripada kamu…..”, seringkali kita mentafsirkan “Ulil Amri” sebagai “pemimpin”. Tafsiran ini sering dipakai oleh kebanyakan orang termasuk para pemimpin terutama pemimpin negara dalam menghujahkan agar orang bawahan perlu mentaati kepimpinan mereka. Tafsiran ini memang betul kerana tafsiran ini tersebut dalam kitab-kita tafsir. Terdapat beberapa riwayat yang antaranya menyatakan bahawa ayat ini diturunkan kepada seorang sahabat dalam satu pertempuran yang memberi erti perlu taat kepada pemimpin.

Namun ia bukan satu-satunya tafsiran kepada istilah “Ulil Amri”, sebab ada satu lagi tafsiran terhadap istilah tersebut tetapi tafsiran ini amat-amat jarang ditonjolkan sehinggakan ramai umat Islam menyangkakan bahawa “Ulil Amri” maksudnya hanyalah pemimpin. Tafsiran kedua ini ialah: “Ulil Amri” juga bermaksud para ulama. Dalam tafsir al-Quran al-Azim karangan imam Ibnu Kathir, beliau menukilkan beberapa pandangan ulama tentang tafsiran kedua ini, contohnya Ibnu Abbas, Mujahid, Ata’ dan al-Hasan al-Basriyy menyatakan “Ulil Amri” ialah ahli Fiqh dan Agama. Manakala Abu al-’Aliyah pula menyatakan “Ulil Amri” adalah para ulama (kedua-dua pandangan adalah sama iaitu “Ulil Amri” adalah mereka yang mahir dalam ilmu agama). Perkara yang sama disebutkan dalam Tafsir “Ma’alim al-Tanzil” karangan imam al-Baghawiyy, tafsir “Mafatih al-Ghayb” karangan imam al-Raziyy dan lain-lain.

Seterusnya Ibnu Kathir membuat kesimpulan, bahawa makna “Ulil Amri” sebenarnya boleh digunapakai untuk pemimpin ataupun ulama. Ia bukan bermaksud pemimpin sahaja atau ulama sahaja dan maksud salah satu tafsiran tergunapakai dalam konteknya. Maksudnya, jika dalam hal-hal kenegaraan atau pentadbiran maka perlulah taat kepada “Ulil Amri” yang bermaksud pemimpin. Manakala dalam hal-hal hukum hakam maka perlu dirujuk dan taat kepada saranan “Ulil Amri” iaitu para ulama kerana mereka adalah pakar dalam bidang tersebut. Umara’ (pemimpin) dan ulama perlu saling nasihat menasihati untuk kepentingan masyarakat dan masyarakat pula tanggungawab mereka adalah jelas tidak boleh mentaati “Ulil Amri” dalam perkara maksiat sepertimana yang disebutkan dalam sebuah hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud “tidak ada ketaatan dalam maksiat kepada Allah”.

Namun seperti dikatakan tadi, ramai pihak yang hanya menggunapakai tafsiran pertama dan berhujahkan perlu taat kepada pemimpin walaupun dalam bidang agama ataupun hukum hakam. Jelas pandangan ini tidak tepat kerana setiap bidang ada yang pakarnya dan perlu diserahkan kepada yang pakar dalam bidang tersebut untuk berbicara mengenainya.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Siapa Ulil Amri?"

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 19 Total Visit: 6532 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Aktiviti Terkini UF

Tazkirah Ramadan Surau al-Hijrah, Kota Warisan 3-5 Sep 2010

  • usulifaqih: air paip ke air tangki ke asalnya sama ada daripada air mata air atau sungai atau mana-mana sumber. Yang penting ia air mutlak. Maka bolehla untuk dig
  • baidah: air paip? tak boleh bersuci? air tangki? tangki air kecik saiz 3 baldi plak. alaaa.... xplain lah ikut kontemporari ust
  • usulifaqih: Insya Allah... sama-samalah kita memberi dan menerima manfaat untuk kebaikan Islam.

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. Klik gambar untuk maklumat lanjut: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!