UsuliFaqih dot com

28 Sep, 2009

Setelah Sekian Lama…

Posted by: usulifaqih In: Umum

Hari ni 28hb September, UF kena lapor diri untuk bertugas semula di USIM setelah 3 tahun 9 bulan bercuti belajar. Pejam celik kejap je masa berlalu, walaupun sebenarnya UF masih belum selesai lagi Ph.D. Tapi yang penting UF dah habih menulis tesis. Hanya tengah edit apa yang penyelia suruh sebelum penilai dalam dan luar baca pulak.

Sebenarnya dari segi masa di UIA, UF baru 2 tahun je tapi disebabkan tempoh sebenar UF cuti belajar dikira dari
tarikh UF pergi ke Syria (Disember 2005), itu yang menyebabkan UF dah hampir sampai masa maksimum iaitu 4 tahun. 

Pagi tadi, lepas hantar anak pi sekolah, UF terus ke USIM untuk lapor diri. Dah habis urusan kat unit cuti belajar, UF pi ke Fakulti Syariah dan Undang-Undang untuk uruskan bilik. Tapi bila sampai ke fakulti, pembantu tadbir yang dok urus bilik tu pulak cuti hari ni. Sabar je lah….

Esok (selasa) dapat cuti tanpa rekod sampai hari Ahad sebab prosedurnya pensyarah/tutor yang lapor diri dari cuti belajar akan dapat cuti tanpa rekod selama seminggu. Jadi hari Isnin depan pulak la masuk kerja balik tapi esok kena pi USIM jugak sebab nak setelkan bilik. Lagipun tesis tak habis edit lagi ni, dah dapat bilik sedapla buat kerja edit mengedit ni.

Selamat bertugas kembali kepada diri sendiri!!!! Orang dah mula pangil Dr. Irwan hehehe

(Bergambar sebelum lapor diri di USIM)

Share/Save/Bookmark

3 Responses to "Setelah Sekian Lama…"

1 | Mohd. Jamil

September 28th, 2009 at 5:46 pm

Avatar

Askum ustz dr. Irwan :)
Tahniah sbb kembali smula ke USIM. Anak murid semua tak sabar nak berguru.
Smoga terus mjadi pendidik yg x jemu-jemu membina masyarakat mjadi insan bguna.
Hidup usulifaqih, hidup usul fiqh, hehee…

2 | Mohd. Jamil

September 28th, 2009 at 5:50 pm

Avatar

dr. UF npk segak ngan tie, tp, nape pasu bunga tu diisi ngan plastik? hihiii… mana bunganya?

3 | usulifaqih

September 29th, 2009 at 9:00 am

Avatar

Memang tak sabar nak mengajar balik.. tapi dari dulu lagi anak murid kata UF ni syadid dari segi markah… tapi syadid2 pun dieorang suka… heheh…

jamil… Tu pokok bunga plastik.. hehe

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!