UsuliFaqih dot com

05 Jan, 2009

Point Forum 2

Posted by: usulifaqih In: Umum

Dato’ Hasan Din ditanya pula tentang peranan solat jamaah terhadap individu. Beliau menjawab di samping pahala banyak berbanding solat sendirian, solat jamaah ini mengajar 3 perkara penting:

1. Ia mengajar makna pemimpin dan kepimpinan. Imam adalah pemimpin jamaah dan sewajarnya memahami keadaan makmum di belakangnya sebab ada makmum yang uzur ataupun yang ada hajat. Dalam erti kata lain imam jangan syok sendiri dan perlu ikut sunnah Nabi. Nabi Muhammad S.A.W kalau solat berjamaah dengan para sahabat baginda memendekkan solat, tetapi kalau baginda solat sendirian (solat sunat), baginda akan memanjangkan solatnya. Makmum juga mesti mentaati imam dengan tidak mendahuluinya, jikalau tidak solat akan terbatal. Kalau imam buat salah, makmum mesti menegurnya, sehingga 3 kali imam masih tidak perbetulkan kesalahannya dalam solat, makmum wajib mufaraqah. (Dato’ Hasan Din membuat analogi lawak, kalau dah tegur tak nak terima, masuk la parti lain, menyebabkan hadirin ketawa).

2. Ia mengajar untuk mengenal diri sendiri. Solat jamaah mengajar erti “siapa aku?” dan jawapannya ialah “aku hamba Allah yang hina”. Dalam erti kata lain, ia mengajar manusia supaya tawaduk dan merendahkan diri. Setinggi manapun kedudukan seseorang itu, bila solat berjamaah dia akan meletakkan kepalanya separas bontot (orang utara kata juboq) orang di hadapan ketika rukuk dan meletakkan kepalanya separas kaki orang dihadapan ketika sujud. Nak menunjukkan ketundukkan seseorang itu kepada kebesaran Allah dan tiada terbanding ketinggian manusia dengan keagungan Allah S.W.T.

3. Ia mengajar makna sosio kemasyarakatan atau lebih tepat lagi hidup bermasyarakat atau berjiran. Ulama fiqh dalam menyifatkan solat Nabi Muhammad, mereka memberitahu bahawa baginda menyarankan orang lelaki bila solat (terutama dalam sujud) mesti mengembangkan tangannya sehingga digambarkan dalam hadis bahawa kambing boleh lalu di celah tangan Rasulullah, manakala orang perempuan bila sujud mesti menguncup tangan ke dalam (tidak seperti lelaki). Oleh kerana orang lelaki yang digalakkan solat jamaah di masjid/surau, saranan tersebut tidak boleh dilaksanakan kerana di masjid/surau terdapat orang kiri kanan turut solat bersama. Ini menunjukkan supaya menghormati ahli jamaah lain yang sebelah menyebelah dengan tidak mengembangkan tangan kerana akan mengganggu mereka (lainlah kalau solat sendirian, nak kembangkan tangan tidak jadi masalah). Begitu juga bacaan dalam solat, tidak boleh sehingga mengganggu orang di sebelah, malah hanya cukup sekadar terdengar di telinga sendiri. Dengan itu, jika kita memahami konsep ini, maka kita akan lebih menghormati orang lain dan maksud hidup bermasyarakat akan lebih sempurna.
Inilah 2 point utama yang UF rasa cukup memberi kefahaman keada kita tentang solat dan berjamaah. Sama-samalah kira renung dan amalkan.

Share/Save/Bookmark

1 Response to "Point Forum 2"

1 | Hasan

January 12th, 2009 at 4:26 pm

Avatar

Doa Qunut nazilah dalam sunnah yg ditinggalkan .. http://jailurrashied.blogspot.com

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!