UsuliFaqih dot com

05 Jan, 2009

Point Forum 1

Posted by: usulifaqih In: Umum

Dato’ Kamaruddin menyentuh tentang kepentingan solat dalam menjadikan orang baik, yang kesimpulannya kalau nak jadi baik solat jangan abaikan solat. Beliau banyak bercerita tentang pengalamannya menjadi imam masjid negara dengan kerenah manusia yan pelbagai. Yang UF nak ulas tentang forum itu ialah apa yang disentuh oleh Dato’ Hasan Din.

Dato’ Hasan Din ditanya solat yang bagaimana boleh mencegah seseorang itu daripada melakukan maksiat. Jawapan yang diberikan memang menarik iaitu, solat menurut ulama tasauf ada 4 peringkat:

1. Solat al-Jahilin (solat orang jahil), iaitu orang yang baru masuk Islam atau orang Islam yang tidak mahu belajar solat dengan betul sehingga menyebabkan solatnya kucar kacir.

2. Solat al-’Adiyyin (solat orang kebanyakan), iaitu solat orang awam yang tahu solat tetapi tidak memahami makna bacaan dalam solat.

3. Solat al-’Arifin (solat orang tahu), yakni orang yang tahu makna bacaan dalam solat (mungkin para ustaz kot -UF kata). Solat 3 golongan ni masih belum sampai tahap mampu menahan individu daripada melakukan maksiat. Sebab tu 3 golongan ni solat, tapi kadang-kadang masih membuat maksiat seperti rasuah, main judi, minum arak, berzina dan lain-lain.

4. Solat al-Khasyi’in (solat orang yang khusyuk), iaitu orang yang paling tinggi darjatnya di kalangan orang yang bersolat dan solat jenis inilah yang dikatakan mampu mencegah sesorang individu daripada melakukan maksiat seperti yang difirmankan oleh Allah dalam surah al-’Ankabut ayat 45 yang bermaksud; “Sesungguhnya solat itu (boleh) mencegah perbuatan keji dan munkar“.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Point Forum 1"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!