UsuliFaqih dot com

07 Oct, 2009

Pertandingan Mahkamah Mut Syariah

Posted by: usulifaqih In: Umum

Hari ni bermula pertandingan Mahkamah Mut Syariah peringkat Fakulti Syariah dan Undang-Undang untuk mencari wakil bagi mewakili USIM ke pertandingan Mahkamah Mut Syariah peringkat Kebangsaan pada bulan Disember nanti. Ni baru habis jadi hakim peringkat pusingan awal.

Kes yang dipertandingkan tadi berkisar kes harta sepencarian, jadi peguam plaintif memohon kepada mahkamah untuk meluluskan permohonan plaintif terhadap beberapa jenis harta seperti rumah, tanah, ASB, kereta dan lain-lain. Mereka ditentang hebat oleh peguam-peguam defendan yang menyatakan tidak semua harta tersebut layak dituntut plaintif kerana sebahagiannya adalah milik syarikat defendan dan defendan hanya pemegang amanah atau pengurusnya sahaja. Tambahan pula defendan mendakwa yang plaintif telah nusyuz.

Satu pengalaman baru jugala untuk UF, sebab first time tengok perjalanan pertandingan Mahkamah Mut Syariah. Walaupun UF ada tauliah peguam Syarie Negeri Sembilan tapi tak pernah pun bawa kes. UF tengok tadi peguam-peguam plaintif dan defendan walaupun masih banyak kelemahan dari segi penghujahan dan aplikasi undang-undang terhadap fakta, tapi kalau diasah bakat mereka, Insya Allah mereka boleh jadi peguam syarie yang baik.

Sedikit sebanyak dah nampak gambaran bagaimana satu-satu perbicaraan dalam mahkamah syariah berlangsung. Lepas ni bolehla UF try ambil kes. Ada sesiapa berminat nak ambil UF jadi peguam Syarie? hehehe

Share/Save/Bookmark

5 Responses to "Pertandingan Mahkamah Mut Syariah"

1 | wardah

October 7th, 2009 at 12:04 pm

Avatar

Yang Amat Arif Ustaz UF, sy ada masalah problem ni… masalah sy ialah boleh tak suami tuntut harta yang diperolehi oleh isteri sbg harta sepencarian. Yelah, sy kerje teruk2.. balik rmh nak kena urus anak, layan suami lg. Penat ooo… memang la sy sdri yg nak keje, tp kalo harap gaji suami je, hmmm… spai mati pun sy takleh duduk kat rumah banglo ni… ihiks

2 | wardah

October 7th, 2009 at 12:07 pm

Avatar

err… tahniah leee ustaz UF sbb hari ni, seorang peguam syari’e yg tak pernah beramal telah menjadi hakim, hohoo… valid ke panghakiman tu???

3 | usulifaqih

October 7th, 2009 at 4:02 pm

Avatar

Wardah! mula2 UF faham harta sepencarian tu hanya isteri boleh tuntut, tapi rupanya suami pun boleh tuntut harta sepencarian tu. Untuk maklumat lanjut baca artikel ni:

http://peguamsyarie.blogspot.com/2007/12/apakah-harta-sepencarian.html

Perkahwinan ni adalah sifat faham memahami, memangla terkadang isteri gaji lagi banyak dari suami. Sanggupka tengok suami (yang baik) sorang2 je tanggung keluarga. Takpelah wardah kat dunia rumah kecik tapi kalau taat suami, bantu dia harungi hidup suka dan duka, Insya Allah jangan kata banglo, nanti Allah bagi mahligai lagi kat syurga.

Wardah… penghakiman UF tadi amat valid lagi menvalidkan… :)

4 | mat

October 7th, 2009 at 5:36 pm

Avatar

Asskum, ust, sy da tengok blog peguamsyarie tu, takdek pun tulis yg suami boleh tuntut harta spcrn. err.. bukan nak amik kesempatan kat harta isteri, saje la… nak intai2… kah3…

mat… tengah cari calon…

5 | usulifaqih

October 7th, 2009 at 10:08 pm

Avatar

mat… baca molek2… ada sebut tu… ni ha ayat dia “Tuntutan terhadap harta sepencarian bukanlah dihadkan kepada isteri saja, malah suami juga berhak menuntut harta sepencarian daripada isteri”.

Tu la dok mengintai sgt mana nak nampak dah…. :)

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!