UsuliFaqih dot com

12 Apr, 2011

Permata Baru

Posted by: usulifaqih In: Umum

baby-1

Tarikh 8 April 2011 (Jumaat) jam 9.31 pagi, UF dianugerahkan oleh Allah seorang putera yang comel (usulifaqih Jr.). Due date memang 8hb pun. Minggu terakhir kandungan dr timbang berat baby 3.8kg dan dr suruh masuk wad 7hb.

UF sampai dari LCCT petang Khamis tu ke Airport Penang terus ke Hospital Besar Pulau Pinang bersama zaujah. Ikut perancangan awal nak induce pagi Jumaat dan beranak normal. Bila sampai hospital dan buat pemeriksaan semuanya nampak ok. Lepas Maghrib UF balik rumah di Tekun, USM sambil berdebar menanti hari esok. Maklumlah nak sambut baby baru dan yang bestnya hoopital Penang membenarkan suami menemani isteri bersalin.

Pagi 8hb lepas hantar anak-anak ke sekolah, UF dapat panggilan daripada hospital bagitau yang zaujah UF perlu dibedah. Sebabnya masa air ketuban keluar, ia dah bercampur warna hijau. Dr. kata tu tanda baby dah berak dan bahaya kalau dia termakan najis sendiri dan zaujah UF perlu dibedah segera. Dengan kalutnya UF pergi ke hospital dan bila sampai sana parking pula penuh. Terpaksa parking kereta jauh sikit dari wad bersalin.

UF sampai lebih kurang jam 9.30 pagi dan terus ke dewan bedah. Hajat asal nak temankan zaujah bersalin secara normal tapi terpaksa kena bedah pula. Takpalah yang penting ibu dan anak selamat. Di dewan bedah tu UF bertanyakan kepada nurse yang ada kat situ. Dia kata baby dah keluar dan dr. tengah uruskan jahitan zaujah. Alhamdulillah semuanya selamat. UF tanya macam mana saya nak azankan anak dan nurse tu kata tunggu si ibu dan anak keluar sekali nanti.

Selepas tunggu lebih kurang setengah jam, zaujah UF ditolak keluar dari dewan bedah. Dia dalam keadaan sedar tak sedar akibat bius. Kemudian baru anak UF ditolak keluar. Seronok sangat dapat tengok anak dan zaujah selamat. Sebelum UF azan dan iqamatkan anak, nurse menunjukkan dulu keadaan anak dan jantinanya. Lepas tu UF azankan ditelinga kanan dan iqamatkan di telinga kiri anak. Alhamdulillah atas kurniaan Allah yang amat bernilai ini. Syukran ya zaujati kerana mengandungkan dan melahirkan anak untuk UF.

Emmm nampaknya kena buat lagu la jawabnya…..

Share/Save/Bookmark

5 Responses to "Permata Baru"

1 | buku conteng

April 12th, 2011 at 3:39 pm

Avatar

tahniah buat ustazah kami… tahniah buat UF…

2 | usulifaqih

April 12th, 2011 at 6:34 pm

Avatar

terima kasih kembali

3 | tulip

April 13th, 2011 at 9:09 am

Avatar

rupa baby usulifaqih Jr macam ustaz.comel sangat..mabruk~

4 | thuaibah

April 14th, 2011 at 2:31 pm

Avatar

comelnyee baby baru ustaz…tahniah tk ust n zaujah…

5 | QAJ

April 15th, 2011 at 10:35 am

Avatar

tahniah ust!!!!

Comment Form

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!