UsuliFaqih dot com

20 Apr, 2009

Penjelasan Tn Guru. Nik Abdul Aziz

Posted by: usulifaqih In: Umum

Semalam UF pergi mendengar ceramah Tn. Guru Nik Abd Aziz di Markaz PAS Taman Melewar. Dah 4-5 tahun UF tak pergi ke situ untuk dengar ceramah, tapi bila ada kawan-kawan ajak pergi, UF ikut ja. Malam tu ceramah disampaikan oleh saudara Ann Wang Seng (SU MACMA), YB Nga Kor Meng (MP Taiping) dan Tn. Guru Nik Abd Aziz.

UF pergi sebab nak dengar sendiri ulasan Tn Guru berkenaan isu YB Nga Kor Meng yang baca ayat al-Quran dalam satu ceramah politik masa PRK Bukit Gantang. UF rasa hadirin semalam mungkin agak kecewa kerana Tn. Guru hanya berceramah lebih kurang 13 minit sahaja kerana masih sakit gigi akibat dicabut Dr. Bagi UF walaupun sangat singkat penjelasan beliau, tapi cukup padat.

Tn. Guru dalam ceramahnya menyebut, bangsa (tak kira bangsa apa pun) bukannya ancaman kepada Islam, tapi fahaman yang salah tu sebenarnya yang menjadi ancaman. Di Malaysia, dimomokkan yang Cina anti Melayu, Melayu anti India, India anti Melayu dan sebaliknya, namun kalau disemai dakwah Islam dengan betul, semua pihak termasuk bukan Islam boleh menerima seperti keadaan sekarang yang memperlihatkan orang Cina dan India tidak lagi takut dengan PAS.

Seterusnya Tn. Guru mengulas isu YB Nga Kor Meng membaca al-Quran. Kata Tn. Guru kalau baca sirah Rasulullah S.A.W, baginda mengutuskan surat kepada raja-raja mengajak mereka supaya menerima Islam. Kepala surat itu dimulakan dengan ayat al-Quran iaitu:

تَعَالَوْا إِلَى كَلِمَةٍ سَوَاءٍ بَيْنَنَا وَبَيْنَكُمْ أَلا نَعْبُدَ إِلا اللَّهَ وَلا نُشْرِكَ بِهِ شَيْئًا

(surah Al Imran ayat 64) dan diakhiri dengan ayat:

وَالسَّلامُ عَلَى مَنِ اتَّبَعَ الْهُدَى

(surah Taha ayat 47). Rasionalnya bila Nabi tulis ayat al-Quran dalam surat baginda, tujuannya nak bagi raja-raja yang bukan Islam tu baca. Kata Tn. Guru, takkan baginda nak kata: “aku tulis ayat ni tapi mu jange baco”. Jadi logik tak logik? Moralnya kalau orang bukan Islam nak baca al-Quran tidak salah, apatah lagi untuk tujuan mempelajarinya, mudah-mudahan dapat menerima hidayah Allah Taala.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Penjelasan Tn Guru. Nik Abdul Aziz"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!