UsuliFaqih dot com

18 Apr, 2009

Nik Nurmadihah

Posted by: usulifaqih In: Umum

Hari Sabtu 18 April 2009, UF diberi penghormatan untuk menjadi pengacara majlis “Motivasi bersama Nik Nurmadihah (Pelajar terbaik SPM 2008 - 20A)” yang diadakan di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. Walaupun majlis bermula lewat sejam (jam 10am) dari yang dijadualkan, orang ramai dan pelajar sekolah setia menunggu untuk melihat dengan mata kepala dan mendengar dengan telinga sendiri motivasi yang disampaikan oleh beliau. Beliau datang dengan ditemani oleh ayahnya sendiri.
Sememangnya Nik Nurmadihah insan yang diberi keistimewaan khas oleh Allah Taala dengan kecerdikan walaupun berasal dari keluarga yang kurang mampu. Namun dengan kejayaan yang dia dapat itu, membawa rahmat dan rezeki yang melimpah ruah untuknya dan keluarga. Di samping kecerdikan yang dimilikinya, dia juga petah bercakap yang mampu menarik perhatian hadirin (lebih kurang 300 orang) yang hadir.
Kata Nik Nurmadihah, rahsia kejayaannya hanya terangkum dalam dua faktor, iaitu:
1. Hablun Minallah (hubungan dengan Alah).
- Jaga Solat.
- Baca al-Quran.
- Tutup aurat.
- Jaga batas pergaulan antara lelaki dan perempuan.
2. Hablun Minannas (hubungan dengan manusia).
- Ibu bapa.
- Guru.
- Sayangi mereka.
- Mohon restu mereka.
Senjata utama yang menjadi motivasinya ialah doa kepada Allah Taala dengan penuh khusyuk dan tawaduk. Tumpuan dan fokus mesti diberi perhatian yang serius ketika belajar dan jangan menangguh sebarang kerja. Beliau mengungkap satu kata-kata indah: “Usaha tanpa tawakkal sombong, tawakkal tanpa usaha kosong”. Majlis diakhiri dengan hadirin dan pelajar berebut mendapatkan tandatangan Nik Nurmadihah dan buku catatan hidupnya dengan harga RM23.

Selamat menyambung belajar buat Nik Nurmadihah di Universiti Jash, Irbid, Jordan. Moga Allah memberkati perjalanan hidupmu!

(Buku Nik Nurmadihah)

(Tandatangan Nik Nurmadihah untuk UF)

Share/Save/Bookmark

3 Responses to "Nik Nurmadihah"

1 | ayu tomei

April 24th, 2009 at 5:54 pm

Avatar

teringin nak mengenali dia ngan lebih dekat lg… kagum dengannya

2 | irbidian

February 28th, 2010 at 8:45 pm

Avatar

salam. for your information, it’s not jash university but JUST, which stands for Jordan University of Science & Technology..

3 | usulifaqih

March 1st, 2010 at 12:26 pm

Avatar

ok.. syukran for ur info irbidian…

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!