UsuliFaqih dot com

25 May, 2009

Masjid vs Surau

Posted by: usulifaqih In: Umum

Semalam usulifaqih dalam perjalanan ke Tanjung Sepat, singgah sebentar di masjid pekan Sepang yang cantik tu untuk solat Maghrib. Sementara menunggu iqamat, usulifaqih melihat-lihat papan kenyataan dan terpandang jumlah kutipan masjid tersebut pada setiap solat jumaat. Apa yang tertulis, purata pendapatan kutipan derma pada pada setiap hari jumaat masjid itu adalah sekitar RM 250 hingga RM 400.

Sebagai perbandingan, surau al-Hijrah Kota Warisan yang buat solat Jumaat tu dapat mengumpul secara purata antara RM 900 hingga RM 1100 pada setiap minggu. Jadi satu perbezaan yang begitu ketara antara masjid pekan Sepang dan surau al-Hijrah Kota Warisan. Perbezaan ini bukanlah menunjukkan siapa yang lebih pandai atau yang lebih banyak mendapat derma para jamaah.

usulifaqih pun tak tahu apa faktor utama yang menyebabkan sedikit atau banyak kutipan derma pada hari jumaat tersebut. Nak kata masjid itu kecil, rasanya saiz masjid itu lebih besar dari surau al-Hijrah. Apa-apapun tidak kiralah kita bersolat di mana pun, berdermalah seikhlas mungkin, moga derma kita diterima sebagai amal jariah oleh Allah Azza Wa Jalla.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Masjid vs Surau"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!