UsuliFaqih dot com

09 Oct, 2009

Kisah Aku dan Syeikh al-Buti

Posted by: usulifaqih In: Umum

Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti (pengarang kitab Dawabit al-Maslahah dan Fiqh al-Sirah) merupakan tokoh ulama terkenal di Syria dan terkadang orang selalu salah sebut dan panggil dia Syeikh Ramadan al-Buti. Syeikh Ramadan al-Buti itu adalah ayah dia yang juga merupakan salah seorang ulama Syria. UF ada sedikit kenangan bersama Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti yang ingin dikongsikan bersama.

Pertama kali UF bertemu dengannya, semasa dia datang ke UKM (tahun 1999 atau 2000) memberikan ceramah umum di masjid UKM. Kali ke dua semasa beliau dijemput oleh INFAD, USIM sebagai penceramah utama dalam seminar Fatwa peringkat ASEAN pada bulan Ogos tahun 2005. Masa tu UF jadi setiausaha seminar tersebut dan UF ambil kesempatan untuk jadi penyambut kedatangannya di KLIA. Maklumlah UF sendiri yang dok atur jadual bertugas para penyambut tetamu pembentang luar negara.

Ulama dari Syria yag dijemput asalnya ialah Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti dan juga Syeikh Mustafa Dib al-Bugha, namun disebabkan hal-hal yang tidak dielakkan, Syeikh Mustafa Dib al-Bugha tidak dapat datang dan beliau digantikan oleh anaknya Dr. Hasan al-Bugha.

Pada hari ketibaan Syeikh Muhammad Said Ramadan al-Buti dan Dr. Hasan al-Bugha, kapal terbang mereka dijangka akan mendarat jam 8 pagi. Sekitar jam 7.45 pagi UF dan driver USIM bertolak dari USIM, tapi driver tu ajak UF minum pagi dulu sebab sementara Syeikh nak keluar dari airport dan ambil bagasi, ia akan ambil masa juga. Mungkin dalam 8.30 lebih barulah Syeikh dan Dr. Hasan akan keluar. Lagipun perjalanan ke KLIA dari Nilai lebih kurang 20 minit saja.

Jadi kami pun pi la minum dulu kat restoran mamak di Nilai, tiba-tiba UF dapat panggilan dari INFAD bagitau yang Syeikh dan Dr. Hasan dah pun keluar. Kelam kabut kami dibuatnya dan terus pergi ke KLIA dan bila sampai saja di KLIA, UF terus pergi cari Syeikh. Bila jumpa dia saja, Syeikh marah sangat dan dia kata nilah pertama kali dia dijemput ke seminar takde orang sambut dia. UF punyala malu dan berkali-kali minta maaf kat Syeikh dan Dr. Hasan.

Dr. Hasan nampak cool je dan dia dok senyum tengok Syeikh membebel. UF pun tahan telinga je la dengar bebelan tu sebab memang salah UF pun. Nasib baiklah Syeikh ada no. telefon INFAD, jadi dia call INFAD tanya mana penyambut dia. Lepas tu kami pun beredar dari KLIA dan menuju ke Hotel Nikko, tempat seminar dijalankan. Nasib baiklah sepanjang perjalanan tu Syeikh pun dah sejuk sikit dan dah tak marah-marah dah. UF layan mereka bersembang terutama Dr. Hasan yang baru pertama kali datang ke Malaysia.

Bila dok teringat kisah ni, terkadang nak tergelak pun ada walaupun ada 2-3 orang kawan UF pun dok perli UF. Moral of the story lan kali datang awal ke airport… heheh…. Syeikh! UF minta maaf nooooooo

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Kisah Aku dan Syeikh al-Buti"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!