UsuliFaqih dot com

06 Nov, 2008

Kenapa Fiqh Ada 4 Bahagian Utama

Posted by: usulifaqih In: Umum

UF tertarik satu isi penting dalam ucaptama Seminar Fiqh dan Pemikiran Islam Lestari yang disampaikan oleh Sahibus Samahah Mufti Pulau Pinang, Dato’ Hasan Ahmad. Beliau menyebut kenapa kitab-kitab fiqh selalunya membincangkan 4 bab utama:

1) Ibadat
2) Muamalat
3) Munakahat
4) Qada’ (termasuk dibawahnya Jinayat)

Sebabnya Allah jadikan 4 perkara dalam kehidupan manusia:

1) Keinginan/kekuatan berfikir.
Apabila manusia berfikir dengan mengikut akal yang waras dan berpandukan kepada ajaran Islam, maka akan timbul keinginan untuk beribadat kepada tuhan yang mencipta manusia iaitu Allah Subhanahu Wataala. Jadi bab ibadat (yang didahului dengan bab Taharah/bersuci) memberi panduan kepada manusia bagaimana beribadat kepada Allah.

2) Keinginan/kekuatan makan/minum (nafsu perut)
Manusia memang dijadikan berhajat antara satu sama lain dan kebolehan mereka tidak sama. Ada yang tahu bercucuk tanam dan ada yang tidak. Ada yang mempunyai sesuatu barang dan ada yang tidak. Tidak semua boleh menanam padi dan mereka memerlukan orang lain bagi mendapatkan beras untuk dimakan. Jual beli, sewa menyewa dan lain-lain yang terkandung dalam bab mumalat menjurus kepada makan minum manusia dan membantu mereka untuk hidup dalam keadaan selesa.

3) Keinginan seks
Secara tabiinya lelaki dan wanita berhajat antara satu sama lain dan hubungan kedua-duanya jika tidak dikawal dengan baik akan menyebabkan kerosakan di muka bumi. Bab munakahat mengawal hubungan ini dengan menghalalkan perkahwinan dan sekiranya perkahwinan dilanda masalah, perceraian semestinya tidak boleh menzalimi mana-mana pihak.

4) Sifat marah/hasad
Apabila manusia diapi-apikan oleh syaitan dan nafsunya, akan timbul perasaan marah yang meluap-luap. Terkadang ia menyebabkan pembunuhan dan kecederaan pada orang lain. Jadi bab al-Qada’ tidak membiarkan pesalah terlepas begitu sahaja dan mereka akan dihukumi dengan seadilnya sesuai dengan kesalahan yang dilakukan.

Setiap pembahagian dalam kitab-kitab fiqh ada maknanya yag tersendiri!

Share/Save/Bookmark

2 Responses to "Kenapa Fiqh Ada 4 Bahagian Utama"

1 | sahibul hikayat

September 7th, 2010 at 11:44 am

Avatar

semoga ustaz akan terus memberi maklumat berkaitan ilmu fekah dan ilmu islam yang lain lagi. bukan apa, bole jadi panduan untuk saya juga dalam memahami dengan lebih mendalam tentang sesuatu ilmu agama bagi memudahkan untuk menyediakan dokumentasi manuskrip melayu daripada bidang agama.

2 | usulifaqih

September 7th, 2010 at 12:43 pm

Avatar

Insya Allah… sama-samalah kita memberi dan menerima manfaat untuk kebaikan Islam.

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!