UsuliFaqih dot com

11 Dec, 2008

Kekuatan Solat Hajat

Posted by: usulifaqih In: Umum

Tadi imam surau Kota Warisan mohon para jemaah sekelian selepas solat Isyak, untuk solat hajat kepada seorang bayi yang baru lahir sebulan tetapi koma di IJN akibat masalah jantung. UF terus teringat peristiwa bagaimana dulu isteri UF juga pernah terlantar selama 3 minggu tidak sedarkan diri di ICU Hospital Besar Pulau Pinang akibat masalah buah pinggang.

Hampir tiap hari bila UF melawat isteri, UF baca surah Yasin dan berdoa agar Allah sembuhkan isteri dan dapat sedar kembali. Sehinggalah pada minggu ketiga (kalau tak silap 20 Januari 2006), hari Jumaat UF pergi solat Jumaat di Masjid Daerah Butterworth dekat rumah UF. Sebelum khutbah Jumaat, UF berjumpa dengan imam masjid dan mohon supaya selepas solat Jumaat diadakan solat hajat untuk isteri UF.

Selepas solat Jumaat dan solat hajat tu, UF pergi ke hospital dan bila sampai saja di ICU, UF dapati isteri UF dah sedar tetapi dalam kebingungan. Ketika itu juga, UF panjatkan syukur kepada Allah Subhanahu Wataala kerana memakbulkan doa dalam solat hajat tadi. Mungkin di kalangan jemaah yang solat hajat tadi ada yang makbul doanya. Terasa yang keyakinan kepada Allah bertambah ketika tu kerana UF yakin bahawa Allah sentiasa mendengar doa hambanya. Sekejap atau lama Allah memakbulkan doa terpulanglah kepada Allah, tapi yang paling penting kita sebagai hambanya tidak boleh jemu berdoa.

UF cadangkan sesiapa yang mempunyai masalah yang besar, tundukkan diri kepada Allah dalam keadaan penuh tawaduk dan buatlah solat hajat, mohon kepada Allah agar dilepaskan daripada masalah tersebut. Menunaikannya bersama-sama muslimin yang lain lebih afdal. Mungkin ada yang tidak percaya, tetapi buatlah dulu insya Allah akan termakbul segala permintaan yang baik. Paling penting jangan ada dalam hati sekelumit perasaan waswas terhadap Allah. Lama atau tidak, itu urusan Allah, urusan kita hanyalah berdoa! Didoakan agar bayi tadi disembuhkan oleh Allah agar dapat hidup menjadi seorang muslim yang mu’min lagi soleh…. Amin!

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Kekuatan Solat Hajat"

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 5 Total Visit: 6525 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Aktiviti Terkini UF

Tazkirah Ramadan Surau al-Hijrah, Kota Warisan 3-5 Sep 2010

  • usulifaqih: air paip ke air tangki ke asalnya sama ada daripada air mata air atau sungai atau mana-mana sumber. Yang penting ia air mutlak. Maka bolehla untuk dig
  • baidah: air paip? tak boleh bersuci? air tangki? tangki air kecik saiz 3 baldi plak. alaaa.... xplain lah ikut kontemporari ust
  • usulifaqih: Insya Allah... sama-samalah kita memberi dan menerima manfaat untuk kebaikan Islam.

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. Klik gambar untuk maklumat lanjut: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!