UsuliFaqih dot com

29 Nov, 2009

Ibadah Korban

Posted by: usulifaqih In: Umum

(Lembu Korban Warisan Indah)

(Proses menyiat kulit)

Alhamdulillah kelmarin, 28 Disember 2009 telah berlangsung ibadat korban yang dilaksanakan di Surau al-Hijrah, Kota Warisan. Walaupun hujan lebat turun semasa lembu pertama ingin disembelih, ia tidak menghalang penduduk Kota Warisan membantu untuk melicinkan kerja-kerja yang memang licin pun akibat hujan. Sebanyak 7 ekor lembu telah dikorbankan kelmarin, iaitu 2 ekor untuk akikah dan 5 ekor untuk korban. Tahun ni UF juga menyertai 1 bahagian korban.

Lembu pertama hingga ke 4 tidak menimbulkan banyak masalah sangat, tapi bila sampai lembu ke 5 yang merupakan lembu korban dari Warisan Indah, ia sedikit agresif. Penduduk mengambil masa sikit untuk menumbangkannya tetap hasil pengalaman akhirnya ia dapat ditumbangkan juga. Setelah disembelih dan dilonggarkan ikatan kaki, lembu korban Warisan Indah menimbulkan kegemparan apabila ia bangkit berdiri dalam keadaan lehernya telah terpotong. Nasib la ia tak lari atau kejar orang dan dalam 2-3 minit kemudian ia tumbang sendiri. Hebat betul lembu Warisan Indah ni.

Belum sempat lembu korban Warisan Indah dilapah, timbul lagi kegemparan bila lembu yang ke 6 terlepas dari ikatannya. Ia telah menyebabkan semua penduduk yang membantu atau yang sedang menyaksikan bertempiaran lari. Nasib malang bagi seorang makcik yang sedang melihat lembunya yang sedang dilapah kerana tidak sempat melarikan diri. Lembu hitam itu telah menyondol makcik tersebut dan memijaknya dan beliau dibawa ke Klinik tetapi dinasihatkan ke hospital Putrajaya sebab dia mengadu sakit dada (difahamkan yang makcik tu takde patah-patah tulang, cuma lebam sikit).

Penduduk semakin pening bagaimana nak menangkap semula lembu hitam itu, tetapi nasib baik ia tak lari dari kawasan surau, hanya berlegar di kawasan tersebut. Hampir setengah jam juga penduduk mengepungnya sambil menyusun strategi untuk menangkapnya kembali. Akhirnya ia masuk juga perangkap bila kakinya masuk dalam tali yang disediakan penduduk. Sebaik saja lembu tu terjatuh, penduduk terus mengikat kakinya dan walhasilnya ia disembelih jua.

Semangat bermasyarakat dipamerkan oleh semua penduduk Kota Warisan (termasuk penduduk Warisan Indah) baik kaum lelaki ataupun wanita. Ada yang melapah, memotong, memasak dan sebagainya. Setelah siap daging dipotong dan dibungkus, ia diagih-agihkan kepada penduduk yang hadir. Selepas solat zohor berjemaah, semua penduduk menjamu selera yang dimasak oleh Us Ideris yang juga merangkap penyembelih lembu-lembu tadi. Tahun ni menunya ialah sup, masak hitam dan daging rebus cicah air asam. Memang menyelerakan… Alhamdulillah atas nikmat Allah yang melimpah ruah ini.

Share/Save/Bookmark

1 Response to "Ibadah Korban"

1 | Hitam

November 30th, 2009 at 1:29 pm

Avatar

Kagum dengan semangat juang lembu-lembu tu… terutama yang berbaju hitam, eh, err.. lembu yang berwarna hitam. Mujur la tak disondolnya abang kakak pakcik makcik yang berbaju hitam :)
Lain kali kalau nak sembelih lembu, kena ada pawang lembu, macam pawang buaya juga…

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!