UsuliFaqih dot com

27 Aug, 2009

Hotel Residence & “Bersamamu” TV3

Posted by: usulifaqih In: Umum

Semalam kumpulan Instinct dijemput untuk membuat persembahan bagi meraikan keluarga “Bersamamu” TV3 di Hotel Residence, Uniten, Bangi. Ini adalah tahun ke dua Instinct dijemput oleh Hotel Residence dan Ramadan kali ini ada 4 keluarga yang diraikan sambil berbuka puasa.

Asalnya UF pergi ke program tu nak buka puasa ja dan bawa sekali anak dan isteri. Sepatutnya Instinct perform 2 lagu sebelum berbuka tapi bila dah dekat pukul 7 malam, ahli Instinct (GG dan Aqmal) masih terperangkap dalam traffic jam di Sg. Besi. Bila sampai jam 7.45 malam, dieorang masih belum sampai-sampai lagi, terpaksalah UF jadi bidan terjun dengan Zarif berdua je naik atas pentas.

Yang lawak tu, si Zarif tu pulak datang pakai T-Shirt je sebab kostum ada kat Aqmal. Nasib baiklah UF bawa jaket hitam, dan bagi dia pakai. Tapi still nampak pelik la, sebab UF pakai baju Raihan, yang dia pula pakai jaket hitam sampai orang hotel tanya, kumpulan Instinct ni memang style baju tak sama ke? hehe…

Satu pengalaman lucu, sebab si Zarif hanya ingat lirik lagu Resah dan UF pulak hanya ingat lirik Anta Rabbuna dan Itmi’nan, itupun ingat-ingat lupa. Itulah yang terjadi masa UF tengah nyanyi dengan suara yang tak sedap tu, tetiba terlupa lirik. Tapi buat-buat cool, control macho macam takde apa yang berlaku. Bila kami dah perform 2 lagu, barulah si GG dan Aqmal sampai dan dieorang terus naik atas pentas untuk bersama kami menyanyikan lagu seterusnya. 

Kepada Hotel Residence, UF bagi pihak kumpulan Instinct minta maaf banyak-banyak atas kekurangan yang berlaku semalam. Tahun depan jemputlah kami lagi walaupun itu hanya show amal. Insya Allah kami akan datang lagi.

(maaf atas kualiti gambar yang rendah)

Share/Save/Bookmark

4 Responses to "Hotel Residence & “Bersamamu” TV3"

1 | mat

August 30th, 2009 at 6:48 am

Avatar

wah… ust masuk tv3 laaa… rugi tak pi buka kat uniten hari tu. anyway, tahniah…. hmmm… jeles… jelesssss

2 | Wardah

August 30th, 2009 at 7:00 am

Avatar

Salam, tahniah ustaz. Selain jadi ustaz, rupanya, pandai juga ustaz jadi bidan ye :)
Erm, nak pergi tapi takde orang nak bawak, ngeee…..

3 | usulifaqih

August 30th, 2009 at 6:33 pm

Avatar

hehe.. kalau betul masuk memang la seronok mat.. tapi mcm tahun lepas… Instinct posing sakan tapi dalam “Bersamamu” takde langsung gambar Instinct… hehe

4 | usulifaqih

August 31st, 2009 at 10:40 am

Avatar

la ni ustat kena boleh macam2… hehe… ish fenin sebab ada 2 wardah… takpe wardah berbuka dengan keluarga lebih seronok… emm kirim salam kat suami… saya kenai dia…

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!