UsuliFaqih dot com

23 Dec, 2008

Forum Perdana Ewal Islam

Posted by: usulifaqih In: Umum

Semalam 22 Dis 08 telah diadakan satu Forum Perdana Ewal Islam di Stadium Salak Tinggi, Sepang yang menampilkan Dato’ Hashim Yahya, Us. Farid Ravi dan Us. Roslan Muhammad yang dipengerusikan oleh Dat’ Hasan Ali, Exco Kerajaan negeri Selangor. Program malam semalam itu adalah program penutup tahun 2008 bagi Forum Perdana yang telah menjelajah seluruh 9 daerah di Selangor.

Forum Perdana Ewal Islam yang mengenengahkan tajuk “Islam Syumul” itu telah berjaya menarik ribuan umat Islam sekitar Sepang untuk mendengar kupasan para panel. Memang terlalu banyak mutiara kata hasil daripada Forum Perdana tersebut, tapi UF hanya nak paparkan dalam blog ni penggulungan akhir yang dibuat oleh Dato’ Hashim Yahya. Beliau menyampaikan amanat yag telah disampaikan oleh Lukman al-Hakim kepada anaknya.

Amanat tersebut ialah, jangan engkau ingat 2 perkara dan jangan engkau lupa 2 perkara. Jangan ingat 2 perkara iaitu:
1. Hasanatuka Ila al-Ghayr (kebaikan yang telah engkau lakukan kepada orang lain).
2. Isa’atu al-Ghayr Ilayka (kejahatan orang lain kepada engkau).

Jangan lupa 2 perkara walau siapapun atau di mana engkau, iaitu:
1. Allah.
2. al-Dar al-Akhirah (hari akhirat).

FIKIR-FIKIRKAN DAN AMALKANLAH !

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Forum Perdana Ewal Islam"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!