UsuliFaqih dot com

04 Jan, 2009

Forum Maal Hijrah "Jom Solat Jamaah"

Posted by: usulifaqih In: Umum

Malam semalam telah diadakan satu forum Maal Hijrah yang bertemakan “Jom Solat Jamaah”. Forum ini merupakan kemuncak program minggu Maal Hijrah yang dianjurkan oleh Surau Kota Warisan, Sepang. Forum ini menampilkan 2 tokoh agamawan terkenal iaitu Dato’ Kamaruddin Zakaria @ lebih dikenali semalam dengan Dato’ K (mantan imam masjid negara) dan juga Dato’ Abu Hasan Din al-Hafiz (mantan pegawai agama di Istana Negara) yang dipengerusikan oleh Dr. Mohd Rushdan (pensyarah USIM).
Majlis dimulakan dengan alunan ayat al-Quran oleh Us. Anuar Hasin (Juara Akademi al-Quran musim ke 2), seterusnya ucapan perasmian penutup minggu Maal Hijrah oleh YB Dr. Syafie Abu Bakar, ADUN Bangi. Majlis diserikan juga dengan penganugerahan tokoh Maal Hijrah peringkat Kota Warisan yang diberikan kepada 3 penerima terdiri daripada muslimin dan muslimat. Forum bermula agak lewat, kira-kira jam 9.45 malam. Walaubagaimanapun kehadiran hadirin dan hadirat amat memberangsangkan sehinggakan kerusi tak cukup dan ramai terpaksa duduk atas tikar di luar surau.
Kedua-dua ahli panel begitu mantap menyampaikan hujah dan pandangan masing-masing, dengan forum semalam penuh dengan kelucuan kerana ahli panel berceramah dengan lawak jenaka. Walaupun hadirin hadirat sentiasa ketawa, namun sebenarnya ia penuh dengan mesej yang mampu membawa keinsafan. Sebab itu orang ramai semalam tidak berganjak, tetap mendengar sampai habis walaupun tamat hampir jam 11.40 malam. Bagi UF, sepanjang umur mendengar atau menonton Forum Perdana, inilah forum yang paling best sekali pernah disaksikan.
UF akan kupas apa yang disampaikan oleh kedua-dua ahli panel dalam forum semalam tu kemudian.. tunggu!

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Forum Maal Hijrah "Jom Solat Jamaah""

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!