
UF dok testing power buat ecover sendiri. UF suka belajar benda baru sebab nak tambah pengetahuan. Inilah hasilnya yang dapat anda lihat. Rupanya taklah payah sangat. Tidak payah nak upah orang beratus ringgit untuk buatkan ecover untuk ebook kita.
Sekarang ni dah ramai orang yang tulis ebook tentang pelbagai perkara. UF dapat buat blog sendiri pun sebab beli ebook tentang panduan buat blog. Ni buat ecover pun UF beli ebook tentang panduan buat ecover.
Kira oklah newbie macam UF ni dapat manfaat daripada orang yang dah advance. Macam UF sebut dalam post terdahulu UF pun nak tulis ebook sendiri. Insya Allah anda semua tunggulah kemunculannya.
Jadi, apa komen anda tentang ecover pertama hasil sentuhan UF ni?







