UsuliFaqih dot com

23 Nov, 2008

Ceramah Syeikh Wahbah al-Zuhaili

Posted by: usulifaqih In: Umum

Habis seminar ISCOM anjuran FSU, USIM, Syeikh Wahbah al-Zuhaili meberikan 3 ceramah di USIM. Yang pertama pada 20 nov 2008 (pagi) kepada para pelajar (khususnya pelajar Fiqh & Fatwa FSU) dan pensyarah. Tajuknya “Nahwa Bina’ al-Malakah al-Fiqhiyyah” dan ia berkisar tentang membina skil untuk berijtihad. Antara lain beliau menyentuh tentang kepentingan menguasai beberapa perkara yang lazimnya syarat-syarat yang perlu dipenuhi oleh Mujtahid seperti menguasai ilmu al-Quran dan Sunnah, menguasai Bahasa Arab, menguasai Usul Fiqh dan lain-lain. Satu perkara lain yang ditekankan oleh Syeikh Wahbah ialah jangan memberi fatwa sebelum berumur 40 tahun kerana 40 tahun ialah umur “matang” sama seperti umur Nabi menjadi Rasul.

Ceramah kedua pada 20 nov 2008 (petang) juga bertajuk “Kaifa Taktub al-Bahs al-Ilmi”, ia adalah ceramah tertutup kepada para pensyarah tentang cara menulis satu kajian atau buku dalam ilmu pengajian Islam.

Ceramah ketiga pada 21 nov 2008 (pagi) pula bertajuk “al-Fatawa al-Shazzah Wa Mauqifuna Anha” yang dibentangkan dalam wacana ilmiah anjuran INFAD. Ia terbuka kepada umum dan dalam ceramah ini Syeikh Wahbah menyentuh mengenai beberapa fatwa pelik yang tidak sepatutnya dikeluarkan oleh seseorang mufti, sama ada ia menyalahi nas qat’ie atau ia berdasarkan pendapat yang lemah dalam mazhab.

Banyak manfaat dari ketiga-tiga ceramah yang disampaikan oleh Syeikh Wahbah al-Zuhaili dan Insya Allah kalau diberikan kesempatan oleh Allah, UF akan tulis (salin semula) ceramah tersebut dan diterbitkan dalam jurnal atau buku.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Ceramah Syeikh Wahbah al-Zuhaili"

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!