UsuliFaqih dot com

27 Dec, 2008

Ceramah Dr. Tawfiq al-Butiyy

Posted by: usulifaqih In: Umum

Semalam 26 Dis 08, UF pergi ke Masjid Sulatan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam sebab nak dengar ceramah yang disampaikan oleh bekas penyelia tesis UF iaitu Dr. Tawfiq al-Butiyy (anak Syeikh al-Butiyy). UF tak tahu yang dia ada di Malaysia, jadi bila dapat message dari sorang sahabat yang Dr. Tawfiq akan bagi ceramah, UF pun pergi. UF sampai masjid pun dah dekat nak azan Maghrib dan UF sempat jumpa Dr. Tawfiq sebelum solat Maghrib.

UF seronok sangat bila dapat jumpa balik dengan dia dan dia pun seronok jumpa dengan UF, maklumlah anak murid kesayangan… hehe… dan kami berpeluk erat tanda ukhuwwah Islamiyyah… dia di Malaysia sebagai Prof. pelawat di Institut Kajian Rantau Asia Barat (IKRAB), UKM selama 2 minggu…

Selepas solat Maghrib, Dr. Tawfiq menyampaikan ceramahnya dan alih bahasa oleh Us. Sulaiman Ibrahim, pensyarah UKM yang mengiringi Dr. Tawfiq. Dr. Tawfiq menyentuh berkenaan sambutan tahun baru Hijrah dan Masihi yang selang tidak berapa hari dan kaitannya dengan kehidupan seorang muslim. Namun beliau banyak menyentuh tentang mengingati mati kerana ia sebenarnya mampu menghalang seorang muslim itu dari melakukan maksiat kepada Allah. Hanya orang yang tidak mengingati mati berani melakukan noda dan dosa tanpa takut kepada balasan Allah.

Beliau juga menukilkan satu pesanan dari Imam al-Hasan al-Basri seorang ulama sufi yang zuhud “Engkau hanyalah beberapa hari, setiap kali satu hari berlalu, maka berkuranglah engkau”. Yakni setiap hari yang berlalu menjauhkan kita dengan hari kelahiran kita dan mendekatkan dengan kematian kita. Jadi orang yang sentiasa mengingati mati akan sentiasa bersedia dengan amalan soleh. Apa yang lebih penting ialah selepas kematian itu, sebab ada mahkamah pengadilan Allah yang dibentangkan segala amal baik buruk kita. Beruntunglah orang yang melakukan amal soleh sebab diberi balasan syurga. Rugilah orang yang melakukan maksiat kerana akan diberi balasan neraka….. Ini sebahagian ceramah Dr. Tawfiq.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Ceramah Dr. Tawfiq al-Butiyy"

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!