Dunia Ilmu & Akademik

26 Jan, 2010

Bila Dah Ada Bakat (Part 2)

Posted by: usulifaqih In: Umum

Bila balik ke Malaysia tahun 1998 dan UF sambung belajar MA di UKM, UF dah berhenti mencipta lagu secara aktif. Kalau ada pun hanya buat lagu separuh-separuh saja, lagipun tak ada masuk mana-mana pertandingan. Seingat UF hanya 1 lagu yang UF cipta masa mengajar di sebuah sekolah rendah Islam swasta di BB Bangi sempena satu majlis sekolah.

Tahun 2001 UF dapat tawaran jadi tutor di USIM dan entah macam mana UF diminta untuk train group student USIM yang akan masuk satu pertandingan nasyid di UM. Tu lah, mula-mula masa balik Malaysia ingat dah nak bersara daripada terlibat dengan aktiviti kesenian, tapi dah darah seni ada dalam diri ni, kot mana pun takleh nak tinggal.

Untuk pertandingan di UM tu, UF gunakan lagu yang UF cipta masa di Mesir lagi iaitu “Only You”. Lagu ni UF ubah suai daripada lagu Elvis Presley. Sebenarnya lagu ni UF cipta khas untuk seorang wanita yang sekarang ni dah jadi isteri UF. Isteri UF cerita yang kawan-kawan dia kat Mesir selalu dok mengusik dia dengan menyanyi lagu UF tu. Lirik lagu ni double meaning, antara lirik lagu ni:

Only you… Only You in my heart,
Only you… ohh my inspiration,
When i miss you, i will call you

Hanya mu… bertakhta di hatiku
Hanya mu sumber inspirasiku
Bila kurindu, kusebut namamu

Alhamdulillah group USIM dapat no. 4 dalam pertandingan tu. Kira oklah sebab first time masuk bertanding dapat top 5 walaupun sebelum naik atas pentas ada kumpulan yang kata, takpa kamu group baru ni masuk pertandingan ni just ambil pengalaman je dulu. Tapi bila diumumkan kumpulan Qawarir (USIM) dapat no. 4, ramai yang terkejut, itupun beza mata dengan tempat ke-3 hanya 2-3 mata saja.

Selepas anak pertama UF lahir yang dinamakan Itmi’nan (ketenangan) UF cipta satu lagu khas untuk anak UF tu. Tajuk
lagu tu pun sempena nama anak UF “Itmi’nan”. Bagi UF inilah lagu terbaik yang pernah UF cipta, tambahan pula lagu ni ditujukan khas untuk anak UF yang tersayang. Lagu ni dimuatkan dalam album pertama kumpulan Instinct yang bertajuk “Kaulah Permata” dan UF sendiri yang nyanyikan lagu tu.

Untuk mendengar prebiu atau download lagu ni boleh klik di sini. Tapi versi asal lagu ni berbeza sikit dengan yang ada dalam album Instinct tu.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Bila Dah Ada Bakat (Part 2)"

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 25 Total Visit: 3168 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

E-Artikel UF

Nantikan kemunculannya!

  • usulifaqih: ok.. syukran for ur info irbidian...
  • irbidian: salam. for your information, it's not jash university but JUST, which stands for Jordan University of Science & Technology..
  • usulifaqih: ebook tu berbentuk ilmiah amira... takpe nanti dah masuk usim boleh le baca yek... tapi apa2 pun beli dulu ebook tu sementara stok masih ada... :)

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Pastikan Anda Sentiasa Up-To-Date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

E-book UF

E-Book Ahl al-Hadis dan Ahl al-Ra'y

Album Pertama Instinct

Beli Lagu Instinct Online

Web muslimdigital masih dalam pembinaan. Nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!