UsuliFaqih dot com

17 Jan, 2010

Bila Dah Ada Bakat (Part 1)

Posted by: usulifaqih In: Umum

Dulu memang UF minat menyanyi dan masa sekolah rendah, UF selalu mewakili sekolah ke pertandingan nyanyian. Yang paling UF ingat ialah dapat mewakili daerah Kulim (Kedah) ke pertandingan nyanyian lagu-lagu Sudirman di Alor Star (tahun 1987 atau 1988). Walaupun tak menang tapi dapat berjumpa dengan Allahyarham Sudirman kerana dia sendiri yang menyampaikan hadiah dan dapat juga autograf dia yang berbentuk muka orang.

Bila masuk sekolah agama aktiviti nyanyian dah berkurangan, ye lah sebab dah kena hafal al-Quran takkan nak menyanyi lagi. Di Ma’had agama tu ada kumpulan nasyid (Sautul Abrar) tapi UF tak terpilih pun untuk menganggotainya. UF tak kisah pun.

Bila dapat sambung belajar di Universiti al-Azhar dan Raya Aidil Fitri yang pertama di rantauan, pelajar-pelajar Pulau Pinang buat satu majlis. Dibentuklah satu kumpulan nasyid yang diketuai oleh Rosli Osman (Allahyarham). Rosli minta UF jadi vokalis namun disebabkan tak dapat menguasai lagu yang dia bagi, UF diturunkan pangkat main gendang je. Dari situlah UF mula terlibat dalam dunia hiburan kesenian Islam.

UF bersama Allahyarham Rosli ditempatkan di cawangan Universiti al-Azhar yang bernama Damanhur, lebih kurang 2 setengah jam dari Kaherah. Di Damanhur kami berdua dan rakan-rakan yang lain membentuk satu kumpulan nasyid yang bernama Thaurah (Revolusi) dan selalu membuat persembahan sempena majlis-majlis yang dianjurkan oleh persatuan pelajar. Vokalis utamanya ialah Rosli sendiri dan UF pemain gendang utama kumpulan tu.

Kelebihan Allah yarham Rosli ni ialah dia boleh cipta lagu dan kesemua lagu-lagu ciptaannya memang sedap didengar. Tahun 1993 kumpulan Thaurah yang mewakili Damanhur masuk pertandingan nasyid sempena bulan kemerdekaan dan Alhamdulillah dapat no. 4 dan persembahan terbaik.

Setelah Rosli berkahwin dan berpindah ke Mansurah tempat isterinya belajar, dia bagi amanah kepada UF untuk mengetuai kumpulan Thaurah. Masa kami bersama-sama, dia bagi semangat dan petua macam mana nak cipta lagu. Dialah mentor UF dalam penciptaan lagu dan lagu pertama yang UF cipta hasil dorongannya ialah lagu berentak boria.

Segala puji hanya kepadaMu Tuhan,
Selawat dan salam untuk Rasul junjungan,
Kami dari Thaurah ingin mempersembahkan,
Di samping itu mari kita renungkan.

Inilah rangkap pertama dari lagu pertama yang UF cipta tu. Seterusnya dari situ lagu demi lagu UF cipta dan setiap kali kami masuk pertandingan nasyid atau ada majlis di Damanhur, kumpulan Thaurah akan membuat persembahan dengan mendendangkan lagu ciptaan UF dan rakan-rakan yang lain. Tahun 1994 Thaurah menyertai pertandingan
nasyid anjuran PMRAM sempena bulan kemerdekaan dan kami berjaya naik setapak (no.3) dan berjaya mempertahankan persembahan terbaik dengan mempertaruhkan lagu ciptaan UF yang bertajuk “Penantian Yang Pasti”.

Pasti kembali bersinar lagi,
Bak sang suria memancar sinarnya,
Pasti kembali di saat ini,
Islam kembali memerintah dunia.

Diari hitam ibarat mawar,
Kembangnya tiada layu melanda,
Agar ia mekar dan segar,
Perlu disirami dengan mujahadah.

Sejarah membuktikan keadilan Islam,
Membawa rahmat ke seluruh alam,
Biar berjuta tangan menghalang,
Namun sinarnya tidakkan hilang,
Pudarnya kini umpama gerhana,
Hanya sementara,
Esok untuk Islam 2 x
Islam kan gemilang.

Ini lagu ciptaan UF yang dapat no. 3 dalam pertandingan tu, namun sebenarnya lagu ni ada 4 rangkap cuma UF sendiri dah terlupa rangkap ke 4 tu.

Pendek kata sepanjang UF berada di Mesir selama 6 tahun UF memang selalu terlibat dengan persembahan atau pertandingan nasyid sama ada dengan kumpulan Thaurah atau Sinar Mutiara (Pulau Pinang). Dah berpuluh lagu yang UF cipta tetapi hanya tersimpan sebagai koleksi peribadi UF sahaja. Antara persembahan besar yang pernah UF terlibat bila Kumpulan al-Saff jemput UF sebagai pemain gendang latar dalam satu persembahan di Asrama Melayu di Abbasiah (kalau tak silap tahun 1996) sempena pelancaran album kumpulan itu.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Bila Dah Ada Bakat (Part 1)"

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 7 Total Visit: 3193 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

March 2010
M T W T F S S
« Feb    
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
293031  

E-Artikel UF

Nantikan kemunculannya!

  • usulifaqih: skrg ni dah takde dh org puja atau menurun kat pokok tu... dulu dieorang syak pak guard yg buat... sbb org lain takleh masuk dalam kawasan sekolah tu.
  • sufisalafi: الضرر تزال دفع المفسدة مقدم على جلب المنفعة
  • sufisalafi: ustaz usulifaqih kena nasihat supaya pohon tu ditebang .. kerja syirik dah terjadi tu ..

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Pastikan Anda Sentiasa Up-To-Date!

Tidak mahu ketinggalan membaca pos baru yang saya masukkan dalam blog ini? Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

E-book UF

E-Book Ahl al-Hadis dan Ahl al-Ra'y

Album Pertama Instinct

Beli Lagu Instinct Online

Web muslimdigital masih dalam pembinaan. Nantikan pelancarannya tidak lama lagi.

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!