UsuliFaqih dot com

06 Mar, 2010

Bila Cinta Beralih Arah (Part 2)

Posted by: usulifaqih In: Umum

Masa UF sampai di Mesir tahun 1992, UF adalah generasi pertama pelajar Malaysia yang dipindahkan ke Damanhur. UF sampai awal Disember dan sementara hendak dipindahkan ke Damanhur, UF tinggal sebulan di Kaherah. Untuk mengisi waktu lapang, UF menadah kitab satu kitab Usul Fiqh (Syarah al-Isnawi) dengan seorang abang senior. Perbahasan yang diajar ialah mengenai wajib mukhayyar dalam bab kaffarah. Ia merupakan silibus tahun 1 kuliah Syariah universiti al-Azhar.

UF mula meminati dan “menyintai” subjek Usul Fiqh walaupun perbahasannya agak sukar untuk difahami. Masa ambil 4 thanawi, UF tak berapa faham lagi tentang subjek ni. Apatah lagi “cinta” UF hanya untuk nahu dan saraf. Namun bila belajar dengan abang Zaki Zakaria, UF mula memahami subjek Usul Fiqh.

Subjek nahu dan saraf di al-Azhar hanya diajar sehingga tahun 2 sahaja. Untuk tahun 3 dan 4 dah ditukar dengan subjek Balaghah. Manakala subjek Usul Fiqh adalah subjek wajib sehingga tahun 4. Alhamdulillah hasil “cinta” terhadap Usul Fiqh, UF dapat score dalam subjek ni. Cinta kepada nahu dan saraf dah mula pudar dan semakin “dilupai”. Ye lah, sebab dah tak berjumpa lagi dengan subjek tu.

Bila UF sambung master di al-Azhar, UF ambil jurusan Usul Fiqh sebab minat sangat. Kata-kata seorang tok syeikh UF (Syeikh Husaini Syeikh) masih diingati sampai sekarang. Beliau kata kalau nak belajar Usul Fiqh  peringkat master ni mesti orang tu dah faqih bukan sekadar mutafaqqih (yang baru nak kenal). Masa buat master nilah baru UF faham apa fungsi sebenar subjek Usul Fiqh dipelajari.

Di USIM, UF mengajar subjek Usul Fiqh. Kira dapat bermain-main dengan “kekasih” yang selama ini UF dambakan. Peringkat permulaan subjek Usul Fiqh di USIM dibahagi 2 bahagian. Usul Fiqh 1 belajar tentang mabahis al-ahkam dan Usul Fiqh 2 belajar tentang dalalat al-alfaz. Bila mengajar Usul Fiqh 2, rupanya UF bertemu semula “kekasih” lama yang telah ditingalkan iaitu mabahis lughawiyyah.

Cinta yang beralih arah bertaut kembali. Bukan saja dapat cinta lama, malah cinta baru juga di hati. Masing-masing begitu mesra mendampingi UF. Ya, UF bahagia sekarang bersama kekasih lama dan kekasih baru. Umpama ada 2 bini lagaknya.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Bila Cinta Beralih Arah (Part 2)"

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!