UsuliFaqih dot com

10 Sep, 2009

Bila Beban Semakin Bertambah

Posted by: usulifaqih In: Motivasi| Umum

Tahun 2006 bila UF buat satu research mengenai punca-punca murtad di bawah tajaan YADIM, UF pergi ke Sarawak untuk mendapatkan data berkaitan. Antara tempat yang UF pergi ialah HIKMAH iaitu satu badan NGO yang terlibat dengan aktiviti dakwah di sana. Dalam satu temubual dengan seorang ustaz veteran (tak ingat nama dia), UF rasa terpukul dengan kata-katanya bila dia sebut, di mana pelajar-pelajar al-Azhar? Mereka hanya mahu kerja dalam aircond dan amat sedikit yang sanggup masuk ke pedalaman untuk terlibat dalam kerja-kerja dakwah.

Bila UF fikir-fikir balik, memang betul kata ustaz tu, selama ni kita dok rasa yang kita dah menjalankan kerja dakwah
bila dijemput berceramah di sana sini. Sebagai pensyarah universiti, kita dok anggap kita dah berdakwah dan mentarbiah para pelajar dalam kelas. Betul, tapi berapa ramai  dari kalangan ustaz/ah dan pensyarah yang betul-betul terlibat dengan masyarakat dalam erti kata yang lebih luas. Kebanyakan kita hanya sanggup dipanggil berceramah di tempat-tempat tertentu, terutama dalam televisyen, tapi untuk memimpin dan terlibat dengan masyarakat kita memberi pelbagai alasan.

Memegang gelaran ustaz/ah sebenarnya memberi peluang yang luas untuk kita diterima dalam masyarakat sebab mereka menghormati kita. Bila UF berada di Kota Warisan dan orang mula mengenali UF seorang “ustaz”, bermula dengan mengajar kuliah maghrib di surau, sehingga sekarang UF terlibat dalam 13 jawatankuasa di Kota Warisan sahaja. Bukan mahu mendabik dada kerana tidak ada faedahnya, tetapi menyedari beban yang semakin bertambah, terkadang tu memang rasa amat berat untuk memikulnya. Ini tak termasuk jawatankuasa di tempat kerja yang setakat ni tiada lagi sebab UF masih dalam cuti belajar. UF yakin bila dah masuk kerja balik lepas raya ni, akan adalah lantikan dalam mana-mana jawatan atau jawatankuasa.

Terkadang tu terasa malu nak mengaku seorang “ustaz” atau “pendakwah” jika nak dibandingkan dengan Rasulullah S.A.W dan para Sahabat baginda R.A. Mungkin hanya layak digelar ustaz aircond sebab nafsu diri hanya mahu mendapat layanan VIP sebab “aku seorang ustaz”. Kalau hanya mahu layanan begitu, jangan mengakulah diri tu pendakwah hebat, buat malu je.

Ya, terasa diri tak terpikul amanah yang dipertanggungjawabkan, tetapi yang menjadi kekuatan diri untuk terus berbakti, berdakwah dan terlibat dalam masyarakat ialah doa orang berjuang:
اللَّهُمَّ لاَ تُخَفِّفْ حَمْلِيْ وَلَكِنْ قَوِّيْ ظَهْرِيْ
Maksudnya, “Ya Allah, janganlah Engkau ringankan bebanku, tapi kuatkanlah pundakku”.

Share/Save/Bookmark

1 Response to "Bila Beban Semakin Bertambah"

1 | wardah

September 10th, 2009 at 8:43 am

Avatar

erk… terasanya… terima kasih atas ingatan

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!