UsuliFaqih dot com

16 Feb, 2010

Bengkel Penulisan

Posted by: usulifaqih In: Umum

Hari Ahad lepas 14 Feb hari raya tahun baru Cina dan Valentine’s Day. Saat ramai orang bergumbira bercuti bersama keluarga, UF menghadiri satu bengkel penulisan. Bengkel ini dianjurkan oleh PTS Islamika. Editornya ialah kawan satu Ma’had dengan UF dulu. Bengkel ini dikendalikan oleh puan Ainon Mohd iaitu pengerusi syarikat PTS sendiri.

Peserta bengkel ini tak ramai, lebih kurang 12 orang dan kebanyakkannya kawan-kawan UF dari Ma’hadul Azhar. Ma’hadul Azhar ialah tempat UF belajar agama sebelum melanjutkan pelajaran ke Universiti al-Azhar. Alhamdulillah dapat banyak tip dan panduan menulis daripada puan Ainon.

Antara yang ditegurnya ialah gaya bahasa para ustaz ketika menulis. Ramai di kalangan mereka yang menggunakan bahasa klasik dan terkadang berjela-jela. Bengkel ini berbentuk praktikal kerana kami diberikan latihan untuk membetulkan kesalahan sebuah buku. Menurut puan Ainon, penulisan yang baik ialah kurang indeks kabusnya, iaitu bila orang membacanya mereka akan mudah faham.

Memang UF dah berazam untuk banyak menulis selepas selesai pengajian Ph.D. Bengkel ini memang bermanfaat dan mudah-mudahan ia menambahkan lagi minat UF untuk menulis. Puan Ainon kata yang dia mahukan kami untuk sertai lagi siri bengkel yang akan dibuat selepas ini.

Memang puas hati dan tak rugi hari cuti tu UF berbengkel daripada pukul 10 pagi hingga 5 petang. Nak menulis… Nak menulis… Nak menulis… berapa banyak nak menulis daaa… tulis je laaa

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Bengkel Penulisan"

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!