UsuliFaqih dot com

19 Jul, 2010

Bahagianya, namun…

Posted by: usulifaqih In: Umum

Hari ini hari lahir UF ke 34. Alhamdulillah Allah masih beri kesempatan pada UF untuk hidup sehari lagi.

Hari lahir tahun ini ada satu kelainan dalam hidup UF. Memang syukur sangat atas nikmat yang Allah kurniakan kepada UF. Apa yang Allah telah takdirkan untuk UF hanyalah menambahkan keimanan dan kepercayaan UF kepadaNya. Bak kata Nabi Ibrahim “Liyatmainna Qalbi”.

Benarlah janji Allah, jika kita tidak putus asa, insya Allah kita takkan dipersiakan. Dalam perjalanan untuk mendapat apa yang dihajati, tidak sekelumitpun rasa putus asa, mahupun kecewa. Doa terus dipanjatkan agar Allah memberi apa yang terbaik dalam hidup ini.

Alhamdulillah, berkat doa itu, lebih kurang seminggu yang lepas UF dianugerahkan nikmat yang mungkin jarang-jarang orang lain perolehi. Sebab itulah UF kata hari lahir tahun ini amat bermakna dan unik. Syukur Alhamdulillah tidak henti-henti. Namun kegembiraan itu sebenarnya tanggungjawab yang semakin bertambah. Sekali lagi kepadaMu ya Allah, kupohon kekuatan untuk mengharungi segalanya.

************

Hari ini juga isteri UF memulakan dialisis di USIM. USIM telah mendapat sumbangan mesin dialisis daripada Majlis Agama Islam Pahang. Kalau sebelum ini USIM terpaksa membayar lebih kurang RM3500 sebulan kepada pusat dialisis swasta, jadi bila dah ada mesin sendiri dapatlah kurangkan kos.

Kira isteri UF orang pertama yang rasmi mesin dialisis tu di USIM. Dia juga orang pertama yang USIM tanggung untuk kos rawatan dialisis sebelum ini. Ada dua orang lagi yang terdiri daripada staf dan isteri staf USIM yang menerima rawatan dialisis. Memang kasihan lihat keadaan isteri yang menanggung ujian Allah ini. Ya Allah, Engkau telah berikan ujian kepada isteriku di dunia, maka ampunkan dosanya dan
tempatkannya disyurga. Berikan juga aku syafaat dengan sebab ujian kepada isteriku. Moga aku dan semua keluargaku berada disyurgaMu. Amin!!!

Share/Save/Bookmark

3 Responses to "Bahagianya, namun…"

1 | Fakeh Khalifah Saka

July 20th, 2010 at 8:19 pm

Avatar

KAJIAN SEMASA MENGENAI PERKEMBANGAN WAHABBI DI MALAYSIA, SILA GOOGLE TAJUK-TAJUK SEPERTI DI BAWAH INI:-

(a) http://www.mediafire.com/?ne2dmyeinzo
(b) Jaringan Wahabbi Sdn Bhd
(c) Jom Kenali Dr Maza & Co
(d) Ahlul Bait Yang Dicerca
(e) Tok Ayah Zid Kedai Lalat
(f) Kuasa Tiang Kepada Cita-cita
(g) 40 Mutiara Hikmat Serambi Mekah
(h) TAJUK KHAS - BANGSA MELAYU MENGIKUT ULAMA ASWJ

2 | Hazimin Harun

July 23rd, 2010 at 6:39 pm

Avatar

Salam Ustadz,

Semoga sentiasa sabar dengan ujian Tuhan, bagi orang-orang yang beriman.

3 | idza sharmina sakidi

September 9th, 2010 at 4:51 am

Avatar

salam ustaz,
setiap ape yang berlaku ada hikmah di sebalik nya..
moga ustaz sekeluarga terus tabah menghadapi ujian ini..
saya juga pernah mengalami situasi yang sama macam ustaz..ayah saya juga pesakit buah pinggang dan buat rawatan yang sama macam isteri ustaz..tapi dia dah kembali ke rahmatullah 2 minggu sebelum ramadhan baru2 nie..

semoga ustaz sekeluarga sentiasa di bawah lindungan NYA..amin

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!