UsuliFaqih dot com

26 Jul, 2009

Akhirnya…

Posted by: usulifaqih In: Umum

Dalam post terdahulu UF ada sebut nak buat research sempena Ijtimak Tabligh Sedunia yang diadakan baru-baru ni. UF bersama 4 orang rakan pensyarah lain dah siapkan questionnaire untuk diedarkan semasa ijtimak tersebut. Kami minta bantuan pelajar-pelajar USIM untuk kutip data, namun pagi Khamis 9 Julai tu pelajar tu SMS mengatakan ada masalah besar, lalu UF pergi jumpa pelajar tu bertanyakan masalah apa.

Rupanya Syura Tabligh tidak benarkan kami untuk mengedarkan questionnaire semasa ijtimak berlangsung kerana takut mengganggu perjalanan ijtimak. Kami dengan berat hati terpaksa akur dengan keadaan itu dan mengambil keputusan untuk menangguh sementara research tersebut sehingga selepas selesai ijtimak.

Memandangkan questionnaire sudah dicetak dan hadiah responden sudah dibeli, tidak mesti tidak research itu perlu diteruskan. Mengikut rancangan asal nak kutip data di ijtimak, tetapi memandangkan ia tidak dibenarkan jadi UF bincang dengan rakan-rakan agar data yang diperlukan dikutip di markaz Tabligh di Masjid Sri Petaling sahaja. Namun ia juga perlu kepada keizinan Syura Tabligh. Jadi UF mohon bantuan ahli Jemaah Tabligh Kota Warisan untuk bawa UF ke Masjid Sri Petaling untuk meminta keizinan menjalankan penyelidikan di situ.

Mulanya nak pergi hari Rabu lepas, tapi UF baru baik demam, jadi hari Sabtu 25 Julai 2009 baru dapat pergi ke Masjid Sri Petaling. Kami bertolak ke sana lebih kurang jam 6.30 petang dan sampai jam 7 petang. Kami makan terlebih dahulu kemudian bersiap untuk solat Maghrib. Selepas solat Maghrib diadakan bayan dalam bahasa Urdu dan diterjemahkan oleh imam Masjid Us. Abd Hamid. Selepas Isyak pula diadakan pula penceritaan ringkas tentang “Hayat al-Sahabah”.

Selepas itulah baru UF dibawa berjumpa dengan Mudir Madrasah merangkap imam Masjid Sri Petaling iaitu Us. Abd Hamid. UF sampaikan hasrat kami pensyarah USIM untuk menjalankan satu research dan ingin mengutip data di masjid itu. Tanpa banyak soal beliau memberi keizinan kepada kami dan beliau menyatakan bahawa memang selalu para penyelidik datang mendapatkan data di situ. Beliau juga sempat menelefon seorang ahli Syura Tabligh memberitahu tujuan kami sebagai pengesahan.

Bila dapat keizinan daripada Us. Abd Hamid, UF rasa lega sangat sebab akhirnya Insya Allah boleh berjalan juga research yang kami cadangkan tu, kalau tidak rugi saja kami cetak questionnaire dan beli hadiah.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Akhirnya…"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!