UsuliFaqih dot com

30 May, 2009

2 Cerita

Posted by: usulifaqih In: Umum

Cerita 1

Lebih kurang 2-3 tahun lepas, ada seorang pemuda datang berjumpa dengan UF bertanyakan satu masalah. Company tempat dia bekerja telah menganjurkan dinner dan dia telah diamanahkan oleh majikannya untuk menjaga PA System. Keesokan malam pula ada dua pihak lain yang meminjam PA System tersebut iaitu Calsberg dan persatuan Budha (kalau tak silap). Setelah selesai semua program, majikannya memberi bonus yang banyak iaitu RM 900 kepadanya kerana telah menjalankan tugas baik dengan PA System tersebut.

Memandangkan pemuda ini dulunya belajar di sekolah Agama, beliau rasa tidak sedap hati sebab bersyubahat dengan program Calsberg dan program keagamaan Budha walaupun beliau hanya menjaga PA System. Lalu beliau mengambil keputusan duit bonus yang beliau perolehi itu dibahagikan tiga. Beliau hanya mengambil RM 300 sahaja dan RM 600 lagi beliau berikan kepada UF untuk diberikan kepada pihak-pihak yang boleh diberikan duit itu. Jadi beliau hanya mengambil bonus untuk program company dia sahaja dan beliau bertanya adakah tindakannya itu betul.

UF mengiyakan tindakan pemuda ini dan duit RM 600 itu UF serahkan kepada masjid Bandar Baru Nilai (ketika itu UF tinggal di Nilai) melalui imamnya cikgu Azhari. UF beritahu cikgu Azhari, itu adalah duit hasil benda syubuhat dan mestilah digunakan untuk kepentingan awam dan beliau faham.

Bonus yang banyak itu tidak menggelapkan mata pemuda tadi kerana iman dalam hatinya masih mengawal tindakannya. Beliau tahu duit syubuhat tidak akan membawa keberkatan dalam hidupnya, sebab itu beliau sanggup mengorbankan RM 600(satu jumlah yang bukan sedikit) kerana tidak mahu perkara syubuhat melingkari hidupnya. Masih ramaikah lagi pemudaatau pemudi sepertinya? Ini adalah kisah benar dan UF tidak mahu menyebut namanya atas sebab-sebab tertentu dan mendoakan agar Allah Subhanahu Wa Taala agar menetapkan iman pemuda tadi dan membalasnya dengan ganjaran syurga.

Cerita 2

Perkara yang hampir sama berlaku kepada UF siang tadi, apabila dijemput untuk membaca doa dalam satu majlis.Dipendekkan cerita, UF telah diberi sumbangan sebanyak RM 300 atas bacaan doa dalam majlis tersebut. Tapi selepas asar, UF dihubungi oleh seorang ahli jamaah surau dan beliau memberitahu yang tuan majlis telah diketahui akan perangainya yang suka ******* (terpaksa disensorkan). Patutlah 2 orang imam surau mengelak untuk baca doa dan tidak ada ahli jamaah surau yang hadir dalam majlis tersebut kecuali seorang.

UF tak tahu dan tak kenal pun tuan majlis, sebab itu bila dijemput UF pergi. Sekarang ni dah tahu, jadi duit yang UF dapat tadi akan diserahkan kepada kepentingan awam. UF sebolehnya tidak mahu duit syubuhat menjadi santapan diri dan keluarga kerana ia akan menggelapkan hati daripada menerima cahaya iman. UF mohon kepada Allah agar diampunkan dosa di atas keterlanjuran membaca doa dalam majlis yang syubuhat tadi.

Bukanlah tujuan untuk takabbur, sekadar peringatan kepada diri sendiri dan anda sekelian. Untuk apa kita menerimahabuan yang banyak jika ia tidak diredai Allah. Tidak malukah kita mengharapkan diri dimasukkan dalam syurga sedangkan hidup ditemani perkara syubuhat malahan yag lebih teruk dihiasi dengan perkara-perkara yang haram. Astaghfirullah!

Share/Save/Bookmark

No Responses to "2 Cerita"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!