09 Jul, 2011
Posted by: usulifaqih In: Umum

(2 Orang calon ujian USIM 1 untuk Program Permata Insan)

(Bersama Cikgu Imran, Pegawai JPN Sabah)
5 Julai lepas UF pergi ke Sabah atas urusan temuduga dan ujian USIM-1 Untuk program Permata Insan 2011. Masa dapat tahu UF dijadualkan ke Sabah, memang UF taida bantahan langsung sebab memang tak pernah ke Sabah. Tempat yang UF kena pergi ialah Sandakan dan Tawau.
Baca selanjutnya »

“Kajian Kes” adalah cerita yang digunakan sebagai bahan pengajaran yang menggarapkan pengaplikasian teori atau konsep terhadap situasi sebenar yang berlaku. Pelbagai displin ilmu telah menggunakan “Kajian Kes” termasuk bidang kemanusiaan, sains sosial, sains, kejuruteraan, undang-undang, perniagaan dan perubatan (http://www. vanderbilt.edu/cft/resources/gleanings/ casestudies/).
Muhamad Muda (2003: 3) mendefinisikan “Kajian Kes” sebagai “satu deskripsi tentang sesuatu situasi, dan semestinya yang telah/sedang berlaku serta boleh menjadi pengajaran”. Ia adalah alat pembelajaran berkesan yang berupaya membentuk kemahiran membuat keputusan, berfikir, berinteraksi dan bekerja secara berpasukan. Surjit Singh dan Osman Md. Zain (t.th: 1) pula memberi takrifan, “Kajian Kes” ialah satu “metode latihan yang menggunakan kes-kes sebagai bahan pengajaran”. Baca selanjutnya »
21 Jun, 2011
Posted by: usulifaqih In: Ilmiah
1 Julai 2011
Fakulti Syariah dan Undang-Undang
Universiti Sains Islam Malaysia
8.00am – 8.30am : Pendaftaran Peserta
8.30am – 9.15am : Pembentangan Kertas Kerja 1
Tajuk: “Mut Ijtihad: Teori dan Konsep”
Oleh: Dr. Irwan bin Mohd Subri
9.15am – 10.00am : Pembentangan Kertas Kerja 2
Tajuk: “Pengisian Mut Ijtihad”
Oleh: Prof. Dato’ Dr. Mahmood Zuhdi Abdul Majid
10.00am – 10.15am : Rehat/ Kudapan
10.15am – 11.30am : Sesi Sumbang Saran “Mut Ijtihad”
11.45am : Makan Tengahari
12.30pm : Bersurai
Untuk maklumat lanjut sila hubungi:
Dr. Irwan bin Mohd Subri
Pengarah bengkel
013-3543594
Emel: irwan@usim.edu.my
15 Jun, 2011
Posted by: usulifaqih In: Umum

Hari ini UF bentang kertas kerja dalam International Conference on Humanities 2011 yang diadakan di Royalpark Hotel, Batu Feringgi, Pulau Pinang. Seminar selama 3 hari bermula 14-16 Jun 2011 dianjurkan oleh Pusat Pengajian Ilmu Kemanusiaan, USM, Pulau Pinang.
Kertas kerja UF bertajuk “Nilai Kemanusiaan Dalam Sistem Agihan Zakat: Kajian Ke Atas Pelaksanaan Agihan Zakat Untuk Ibn Al-Sabil” ditulis bersama oleh Dr. Hasanah Abd Khafidz, Pensyarah Kanan, Bahagian Pengajian Islam, Pusat Pengajian ilmu Kemanusiaan, USM.
Baca selanjutnya »
03 Jun, 2011
Posted by: usulifaqih In: Ilmiah
إن الحَمْدَ للهِ نحمده ونستعينه ونستهديه ونستغفره، ونعوذ بالله من شرور أنفسنا ومن سيئات أعمالنا، من يهده الله فهو المهتد، ومن يضلل فلن تجد له وليا مرشدا، ونشهد ألا إله إلا الله وحده لا شريك له، وأن محمدا عبده ورسوله، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ طب القلوب ودوائها، وعافية الأبدان وشفائها، ونور الأبصار وضيائها، وعلى آله وصبحه ومن تبعهم بإحسان إلى يوم الدين. أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تموتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Pencinta-Pencinta Allah Yang Berbahagia!
Pada hari yang mulia ini, khatib memulakan pesanan kepada diri sendiri dan kepada sidang jamaah sekelian agar kita terus serta memantapkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T.
Jika selama ini taqwa kita hanya di peringkat sarjana muda, maka perlulah kita menyambung lagi hingga ke peringkat sarjana bahkan ditingkatkan lagi hingga ke peringkat doktor falsafah. Barulah dikatakan ada peningkatan dalam taqwa kita sebagai hamba Allah S.W.T. Mimbar pada hari ini akan menyambung lagi perbincangan tentang “kecemerlangan” dalam siri yang kedua. Baca selanjutnya »
10 May, 2011
Posted by: usulifaqih In: Ilmiah
Tarikh: 14 Mei 2011
Jam: 8.30 pagi hingga 12.00 tgh hari.
Hari: Sabtu
Tempat: Masjid Bandar Baru Salak Tinggi
Aturcara
8.30 - 10 pagi : Pembentang 1
Tajuk: Sumpah dan Qazaf menurut Islam
Oleh: Dr. Zulkefli Mohamad al-Bakri
Ahli Majlis fatwa N9 dan Trengganu, mantan pensyarah USIM, Panel forum RTM, TV3, TV9)
10.00 - 10.30 - minum pagi
10.30 - 12.00 tgh hari: Pembentang 2
Tajuk: Fitnah dan Qazaf dari perspektif pengamal undang-undang.
Oleh: Tuan Hanifa Maidin
Peguam
Anjuran
Persatuan Ulama Malaysia dan Masjid Bandar Baru Salak Tinggi.
Dijemput semua hadir.
07 May, 2011
Posted by: usulifaqih In: Fiqh
Perkara Yang Membatalkan Wuduk
Perkara yang membatalkan wuduk ada 6 perkara:
1) Apa yang keluar daripada kemaluan depan dan belakang.
2) Tidur dalam keadaan tidak tetap papan punggung.
3) Hilang akal disebabkan mabuk atau sakit.
4) Sentuhan antara lelaki dan wanita yang bukan mahram tanpa berlapik.
5) Menyentuh kemaluan manusia dengan tapak tangan.
6) Menyentuh sekitar lubang dubur.
Perkara Yang Mewajibkan Mandi
Perkara yang mewajibkan mandi ada 6 perkara. 3 daripadanya berlaku pada lelaki dan wanita, iaitu:
1) Berlaku persetubuhan.
2) Keluar air mani.
3) Mati.
Dan 3 lagi hanya khusus kepada kaum wanita, iaitu:
1) Haid.
2) Nifas.
3) Melahirkan anak.
(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).
الحَمْدُ للهِ الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ، القائلِ في محكم تنـزيله (يَرْفَعِ اللَّهُ الَّذِينَ آمَنُوا مِنْكُمْ وَالَّذِينَ أُوتُوا الْعِلْمَ دَرَجَاتٍ)، أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ، اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ. أَمَّا بَعْدُ فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تمَوُْتُنَّ إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ …
Sidang jamaah yang dirahmati Allah!
Pada hari sayyid al-Ayyam ini, khatib berpesan kepada diri sendiri dan kepada sidang jamaah sekelian agar kita terus serta memantapkan ketaqwaan kita kepada Allah S.W.T. Baja ketaqwaan itu melalui perlaksanaan segala perintah Allah dan meninggalkan segala laranganNya.
Mudah-mudahan dengan itu, kita mendapat lindungan dan keredaan Allah di dunia mahupun di akhirat. Mimbar pada hari ini akan menyampaikan khutbah yang bertajuk “kecemerlangan bermula di sini”. Baca selanjutnya »
Persatuan Kakitangan Akademik USIM (PKAUSIM) akan mengadakan mesyuarat agong kali pertama seperti berikut:
Tarikh: 10 Mei 2011
Hari: Selasa
Tempat: Dewan Kuliah Utama FPQS
Masa: 9.00am-1.00pm
Semua kakitangan akademik USIM dijemput hadir!!! Baca selanjutnya »
15 Apr, 2011
Posted by: usulifaqih In: Umum
Tadi masa pi amik anak kat sekolah, layan dengar ceramah di radio Kedah.FM. Ustaz tu dok ceramah pasal “salam”. Antara intipati ceramahnya ialah pasal galakan Islam terhadap budaya memberi salam.
Antara adabnya ialah orang berdiri bagi salam kepada orang yang duduk. Kumpulan yang sedikit bagi salam kepada kumpulan yang banyak. Orang muda bagi salam kepada orang tua. Anak murid bagi salam kepada guru dan begitulah seterusnya. Pendek kata memberi salam ini menyahut seruan dalam sebuah hadis nabi “أفشوا السلام” yang bermaksud “sebarkanlah salam”.
UF teringat masa mengaji di Mesir dulu pasal bagi salam. Ada seorang kawan orang arab Mesir datang ke rumah. Sebenarnya dia bukan kawan UF tapi kawan kepada kawan UF. Arab yang bernama Mimi (orang laki nooo) ni ajak kawan UF berhari raya korban di kampung dia. Kawan UF tak dapat pergi lalu Mimi ajak UF. Baca selanjutnya »