UsuliFaqih dot com

24 Sep, 2011

Memperkasa Pengurusan Fatwa Online Di Malaysia

Posted by: usulifaqih In: Akademik

Kelmarin 23 Sep 2011 artikel tulisan UF keluar dalam Berita Harian. Ia sempena Karnival Transformasi Sistem Pengurusan Islam Di Malaysia anjuran Pejabat Penasihat Agama Perdan Menteri dengan kerjasama USIM, Berita Harian dan Tabung Haji. Ia akan diadakan pada 30 Sep hingga 2 Okt 2011 di PWTC.

Berikut adalah artikel (asal) yang diterbitkan itu:

Pengurusan Fatwa di Malaysia telah mengalami transformasi hari demi hari. Ia seiring dengan perkembangan teknologi dewasa ini. Di negara ini, setiap negeri mempunyai jawatankuasa fatwa masing-masing. Manakala di peringkat persekutuan pula terdapat satu jawatankuasa fatwa yang dikenali sebagai Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan. Ini menjadikan jumlah jawatankuasa fatwa di Malaysia sebanyak lima belas. Baca selanjutnya »

Share/Save/Bookmark

12 Sep, 2011

Bukit Kepong

Posted by: usulifaqih In: Umum

bukit-kepong

(Balai Polis Bukit Kepong Yang Terbakar)

Semalam (11 September) TV2 menayangkan filem Bukit Kepong arahan Tan Sri Jins Shamsuddin. Mungkin meraikan peristiwa 11 September Amerika diserang. Tapi sebenarnya bersempena dengan ceramah Mat Sabu yang mengatakan Mat Indera pejuang kemerdekaan. Bercempera ramai pihak (UMNO dan yang sewaktu dengannya) yang marahkan kenyataan Mat Sabu tu.

UF tak nak ulas pasal Mat Indera, sebab tak tahu kisah sebenar. Lagipun dah ramai yang ulas pasal isu tu. UF nak ulas pasal 1 tulisan yang pernah UF baca pasal filem Bukit Kepong. Kalau tak silap surat pembaca dalam Harakah lama dahulu. Ia bukan tulisan ilmiah tapi hasil pemerhatian penulis dalam beberapa pilihanraya.

Kata penulis (tak ingat nama dia), dalam beberapa pilihanraya umum di zaman Tun Dr. Mahathir jadi PM, jika filem Bukit Kepong ditanyangkan di TV, itu tandanya pilihanraya umum sudah hampir. UF ingat lagi, tulisan itu ditulis ketika peralihan kuasa kepada Tun Abdullah Badawi. Penulis “menjangkakan” filem Bulit Kepong juga akan ditanyang sebelum pilihanraya 2004, tetapi seingat UF (betulkan jika salah), filem itu tidak ditayangkan menjelang pilihanraya umum 2004. Baca selanjutnya »

Share/Save/Bookmark

11 Sep, 2011

Fiqh Asas (8)

Posted by: usulifaqih In: Fiqh

Sapuan Ke Atas Khuf

Hukum menyapu ke atas 2 khuf adalah harus dengan 3 syarat:

1)    Mula memakai kedua-dua khuf itu selepas sempurna bersuci (berwuduk atau mandi wajib).
2)    Hendaklah khuf itu menutup tempat basuhan yang wajib di kaki.
3)    Hendaklah khuf itu boleh dibuat berjalan dengannya.

Tempoh Sapuan Khuf

Orang bermukim boleh menyapu ke atas khuf selama sehari semalam. Bagi orang musafir pula selama dibolehkan selama 3 hari 3 malam. Tempoh sapuan khuf itu bermula ketika seseorang itu berhadas selepas memakai kedua-duanya. Jikalau dia menyapu khuf ketika dia bermukim kemudian dia bermusafir ataupun dia menyapu khuf ketika dia bermusafir kemudian dia bermukim maka dia mesti mengikut tempoh sapuan orang yang bermukim (iaitu sehari semalam).

Perkara Yang Membatalkan Sapuan Khuf

Terbatal sapuan ke atas khuf disebabkan 3 perkara:

1)    Mencabut kedua-duanya.
2)    Habis tempoh.
3)    Perkara yang mewajibkan mandi.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

khuf

(sumber gambar: http://al-fikrah.net/index.php?name=Forums&file=viewtopic&t=15046)

Share/Save/Bookmark

10 Sep, 2011

Tauliah… Perlukah?

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

khalid-samad

Isu tauliah kini berbunyi lagi. Terbaru ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad dilarang daripada memberi tazkirah, ceramah dan seumpamanya kerana beliau tiada tauliah, kata MAIS. Sebelum ini pun ramai yang didakwa oleh Jabatan Agama Negeri tertentu atas alasan tiada tauliah antaranya mantan mufti Perlis Prof. Madya Dr. Mohd Asri Zainul Abidin.

Persoalannya adakah tauliah ini bidah yang direka-reka atau ia boleh dan perlu dilaksanakan oleh kerajaan yang memerintah?  Sebelum UF menjawab persoalan ini, UF ingin menakalkan kata-kata imam al-Khatib al-Baghdadiyy dalam kitabnya “Kitab al-Faqih Wa al-Mutafaqqih”:

ينبغي لإمام المسلمين، أن يتصفّح أحوال المفتين، فمن كان يصلح للفتوى، أقرّه عليها. ومن لم يكن من أهلها منعه منها، وتقدّم إليه بأن لا يتعرّض لها، وأوعده بالعقوبة إن لم ينته عنها، وقد كان الخلفاء من بني أمية ينصبون للفتوى بمكّة في أيّام الموسم قومًا يُعَيِّنُوْنَهُم، ويأمرون بأن لا يُستفتى غيرهم Baca selanjutnya »

Share/Save/Bookmark

25 Aug, 2011

Puasa Antara Ibadat Dan Adat

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

Share/Save/Bookmark

22 Aug, 2011

Tazkirah: Raya Iman Raya Syaitan

Posted by: usulifaqih In: Umum

tazkirah-ogos

Share/Save/Bookmark

10 Aug, 2011

Fiqh Asas (7)

Posted by: usulifaqih In: Fiqh

Rukun-Rukun Mandi Wajib

Rukun-rukun mandi wajib ada 3 perkara:

1)    Niat.
2)    Menghilangkan najis di badan sekiranya ada.
3)    Menyampaikan air kesemua bulu dan kulit.

Sunat-Sunat Mandi Wajib

Sunat-sunat mandi wajib ada 5 perkara:

1)    Membaca Bismillah.
2)    Berwuduk sebelum mandi.
3)    Menggosok tubuh dengan tangan.
4)    Berturut-turut.
5)    Mendahulukan anggota kanan atas anggota kiri.

Jenis-Jenis Mandi Sunat

Mandi-mandi sunat ada 17 jenis, iaitu:

1)    Hari Jumaat.
2)    2 hari raya (Aidil Fitri dan Aidil Adha).
3)    Meminta hujan.
4)    Gerhana bulan.
5)    Gerhana matahari.
6)    Mandi selepas memandikan mayat.
7)    Orang kafir apabila memeluk Islam.
8)    Orang gila apabila sedar daripada gilanya.
9)    Orang pengsan apabila sedar daripada pengsannya.
10)    Hendak berihram.
11)    Hendak masuk Mekah.
12)    Wukuf di Arafah.
13)    Bermalam di Muzdalifah.
14)    Melontar 3 jamrah.
15)    Untuk tawaf.
16)    Untuk sa’i.
17)    Masuk Madinah.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

Share/Save/Bookmark

08 Aug, 2011

Terawih Tengah Malam

Posted by: usulifaqih In: Umum

UF terfikir masa kat surau tadi bila dengar tazkirah. Pentazkirah sebut kita ni bertuah sebab Allah pilih dapat berterawih, tak macam sesetengah daripada kita yang terpaksa bekerja dan sebagainya.

Apa yang UF terfikir tu??? Terawih lewat malam…. khas untuk mereka yang terpaksa bertugas terutamanya yang terlibat dengan syif. Tapi ni untuk mereka yang habis syif tengah malam. Kalau di tempat kerja, mereka boleh buat terawih seperti biasa lagi baguslah.

Tapi mungkin bagi sesetengah tempat kerja yang tak boleh nak tinggalkan kerja, mungkin susah. Alternatifnya, selepas mereka pulang dari tempat kerja (contohnya jam 11 malam), mereka masih ada kesempatan berjemaah terawih di masjid atau surau walaunpun sudah pukul 12 malam. Baca selanjutnya »

Share/Save/Bookmark

23 Jul, 2011

Dimashqu (23)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Selepas makan, Rosli membawa aku ke Suq Hamidiyyah yang terletak tidak jauh dari Mazah. Suq Hamidiyyah menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang ke kota Dimashq atau Damascus. Di situ pelbagai barang cenderhati, baju dan pelbagai lagi yang dijual. Tempatnya juga unik, cantik dan besar.

Di situ tidak ada apa yang aku beli, hanya meninjau-ninjau di Suq tu saja. Rosli juga menunjukkan tempat tukar duit (sarrafah/money changer) yang selalu dia tukar. Ia bukanlah money changer berdaftar tapi sebaliknya kedai jual emas. Cuma di situ tukaran wang asing akan dapat lebih sikit berbanding money changer yang rasmi.
Baca selanjutnya »

Share/Save/Bookmark

21 Jul, 2011

Ish Kalaulah Budak Tu Tak Mai….

Posted by: usulifaqih In: Umum

Kelmarin 20hb Julai hari yang meletihkan… pagi pukul 7 sudah bergerak menuju ke Gopeng, Perak. Ada tugasan untuk temuduga dan ujian kepada calon Permata Insan di sana. Memandu sendirian dalam keletihan yang belum sudah kerana 18hb Julai, pergi ke Sekolah Tuanku Abd Rahman, Ipoh dan balik pada hari yang sama, juga dengan tujuan yang sama.

Setelah memandu lebih kurang 50 minit, berhenti di Restoran Jejantas Sg. Buluh untuk makan dan minum pagi. Nasi lemak kedai tu (sebelah Dunkin’s Donut) memang sedap dan ramai juga orang makan di situ. Baca selanjutnya »

Share/Save/Bookmark


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!