UsuliFaqih dot com

10 Feb, 2010

DIMASHQU (19)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Seingat aku, petang itu kami sekeluarga hanya makan megi dan roti. Tak lama kemudian Rosli datang ke rumah aku bersama seorang lagi pelajar Malaysia yang belajar di Syria iaitu Zubairi yang berasal dari Kedah. Rosli tinggal serumah dengan Zubairi dan sembang punya sembang, rupanya Zubairi adalah adik kepada seorang kawan aku (Zahir Ghazali) semasa belajar di Mesir dahulu. Aku satu generasi dengan abangnya di Damanhur (salah satu cawangan universiti al-Azhar) tahun 1992-1996.

Petang itu kami bersembang sedikit sebanyak tentang Syria. Aku bertanyakan Rosli bagaimana aku hendak mengenali Dr. Taufiq al-Butiyy sebab aku perlu berjumpa dengan dia nanti. Kata Rosli cukup senang nak mengenalinya, kalau pergi ke universiti Damascus dan jumpa orang yang pakai songkok itulah Dr. Taufiq sebab dia selalu ke Indonesia. Aku mohon bantuan Rosli untuk membawa aku ke universiti Damascus keesokan hari untuk berjumpa dengannya.

Rosli sebenarnya adalah pelajar master di universiti al-Awza’iyy, Beirut, Lubnan tetapi beliau menulis tesis dan tinggal di Syria. LagipunĀ  universiti al-Awza’iyy memang mempunyai cawangan di Syria. Beliau hanya sekali sekala pergi ke Beirut untuk bertemu dengan penyelia tesisnya. Beliau antara pelajar Malaysia yang lama tinggal dan belajar di Syria, lebih kurang 5-6 tahun. Dahulunya beliau adalah graduan UKM dalam bidang bahasa arab.

Bila waktu maghrib hampir masuk, Rosli dan Zubairi memohon diri untuk pulang dan Rosli berkata yang dia akan datang esok pagi untuk membawa aku ke universiti Damascus. Aku pun bersiap-siap untuk pergi ke masjid menunaikan solat Maghrib berjemaah. Selepas Maghrib aku sekeluarga tidak berbuat apa-apa selain mengemas barang-barang tapi kami masih tidak lagi memunggah semua barang keluar daripada beg.

Terdengar azan aku menuju ke masjid untuk solat Isyak pula. Selepas solat aku pulang ke rumah dan terasa badan amat letih kerana perjalanan yang panjang dan seharian aku tidak sempat berehat lagi. Aku juga berasa amat mengantuk sekali walaupun ketika itu jam baru pukul 7 malam (lebih kurang). Di negara-negara arab yang ada musim sejuk, waktu siangnya pendek dan waktu malam lebih panjang.

Aku, isteri dan anakku akhirnya tidur sebab kepenatan. Kami tidak tidur dalam bilik tidur utama kerana katilnya kecil, hanya muat seorang. Kami tidur dalam bilik sebelah yang dijadikan bilik tetamu sebab di situ ada tilam sofa atas lantai di sekeliling bilik. Berakhirlah sehari aku di Syria dan aku tidak sabar menunggu esok pagi.

Bersambung….

Share/Save/Bookmark

No Responses to "DIMASHQU (19)"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!