UsuliFaqih dot com

20 Jan, 2010

DIMASHQU (18)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Setelah selesai solat Jumaat aku berjalan-jalan di sekitar kawasan masjid untuk mengetahui apa yang ada di situ. Nampaknya terdapat kedai-kedai runcit, kedai menjual ayam, kedai sayur-sayuran dan sebagainya. Jadi senanglah nanti kalau nak beli keperluan dapur kerana banyak kedai di situ. Aku berjalan lagi ke jalan besar meninjau apa yang ada di sana. Kelihatan ada kedai roti dan 2-3 buah kedai makanan dan minuman.

Bila sampai ke sebuah kedai minuman, aku tertarik dengan sejenis minuman berwarna putih yang diletakkan dalam balang besar. Tanpa bertanya apa-apa aku terus memesan segelas air putih itu untuk menghilangkan dahaga. Sangka aku itu ialah air “Sobia” (air kelapa bercampur susu seperti di Mesir), namun bila aku mula meneguk minuman itu aku tergelak sendirian dalam hati. Bukannya air Sobia tetapi susu masam (yogurt) dan terpaksalah aku menelannya sampai habis dalam keadaan terpaksa.

Selesai minum, aku pun pulang menuju ke rumah dan aku berkira-kira selepas solat Asar nanti aku akan keluar bersama isteriku untuk membeli sedikit makanan dan barang dapur. Bila kedengaran azan, aku pergi ke masjid untuk menunaikan solat Asar berjemaah. Kemudian aku pulang ke rumah dan mengajak isteri dan anakku untuk ke kedai membeli sedikit barang. Walaupun ada kedai runcit berhampiran dengan rumah aku, tetapi kedai itu agak kecil dan aku lihat tidak banyak barangan yang dijual.

Aku mengajak isteriku untuk ke kedai lain yang terletak di bahagian depan masjid. Di situ aku dan isteri melihat-lihat dulu barang-barang yang ada. Anak aku awal-awal lagi dah minta untuk dibelikan gula-gula dan makanan ringan. Kami membeli barang makanan seperti beras, gula, sardin, megi, biskut kering dan sebagainya. Kami tidak membeli banyak barang, cukup sekadar untuk sehari dua dulu.

Ketika inilah aku pertama kali berinteraksi dengan orang arab Syria. Kedengaran bahasa arab pasar di sini memang berlainan sama sekali dengan bahasa pasar di Mesir. Ada beberapa istilah yang langsung aku tidak fahami, begitu juga bila aku bertanya jumlah harga barang yang aku beli, aku mengambil masa untuk memahami apa yang tuan kedai itu kata.  Namun aku mula belajar beberapa istilah bahasa pasar arab Syria. Setelah itu kami pun pulang ke rumah.

Bersambung…

Share/Save/Bookmark

No Responses to "DIMASHQU (18)"

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 3 Total Visit: 6524 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Aktiviti Terkini UF

Tazkirah Ramadan Surau al-Hijrah, Kota Warisan 3-5 Sep 2010

  • usulifaqih: air paip ke air tangki ke asalnya sama ada daripada air mata air atau sungai atau mana-mana sumber. Yang penting ia air mutlak. Maka bolehla untuk dig
  • baidah: air paip? tak boleh bersuci? air tangki? tangki air kecik saiz 3 baldi plak. alaaa.... xplain lah ikut kontemporari ust
  • usulifaqih: Insya Allah... sama-samalah kita memberi dan menerima manfaat untuk kebaikan Islam.

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. Klik gambar untuk maklumat lanjut: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!