UsuliFaqih dot com

01 Jan, 2010

DIMASHQU (17)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Kami akhirnya sampai di satu kawasan yang bernama Sina’ah. Bangunan (Imarah) di situ sama saja di  Mesir iaitu bangunan 3-4 tingkat macam rumah flet. Rumah penginapan aku terletak di tingkat bawah sekali (Ardiah) di sebuah lorong kecil. Setelah membayar tambang pengangkutan sebanyak 400 Lira, kami mengangkut beg-beg ke dalam rumah. Alhamdulillah nampaknya rumah ni besar juga, ada 2 bilik dan 2 bilik air, ruang tamu dan dapur.

Salah satu bilik ada katil kecil dan almari, manakala satu bilik lagi tu memang besar sungguh tapi dijadikan bilik ruangan tamu. Tidak ada katil di situ, yang ada cuma tilam sofa di lantai yang diletakkan di sekeliling bilik seperti yang kita tonton dalam filem-filem arab. Rosli dan Aminuddin duduk sekejap bersembang dengan aku tentang kehidupan di Syria sebelum mereka minta izin untuk pulang memandangkan waktu Jumaat hampir tiba. Tapi Rosli kata dia akan datang semula selepas Asar nanti.
 
Setelah mereka pulang aku dan isteri mengeluarkan barang-barang daripada beg terutamanya barang makanan. Selepas itu aku ke masjid untuk menunaikan solat Jumaat yang pertama di Syria. Cuaca hari itu memang sejuk kerana baru lepas hujan dan jalan-jalan di sekitar rumah hingga ke masjid kelihatan sedikit becak. Masjid dengan rumah penginapan aku tidaklah jauh lebih kurang 200-300 meter saja.

Aku masih ingat lagi antara isi khutbah pada hari itu ialah khatib berdoa agar Allah turunkan hujan. Dalam hati aku berkata biar betul khatib ni, cuaca sejuk yang amat sangat macam ni pun minta hujan turun lagi. Selalunya di Mesir dulu, hujan hanya turun pada musim sejuk dan bila hujan turun kesejukan akan bertambah sejuk lagi.

Bersambung…

Share/Save/Bookmark

No Responses to "DIMASHQU (17)"

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!