UsuliFaqih dot com

23 Jul, 2009

Mengatasi Masalah Gugup Bercakap

Posted by: usulifaqih In: Motivasi

Tidak ramai orang dianugerahkan kepetahan bercakap, berpidato atau berdebat. Ia satu anugerah Allah S.W.T kepada hamba-hambanya yang terpilih. Bagi orang yang petah bercakap, kita kagum dengan bakat mereka dalam menyusun ayat ketika berucap seolah-olah bait-bait perkataan terlalu mudah keluar daripada mulut mereka tanpa perlu berfikir. Bagi orang yang tidak mempunya bakat itu pula, terkial-kial mencari perkataan sesuai, sehingga ucapan yang sepatutnya tidak sampai 1 minit menjadi 10 minit. Sebab itulah ucapan orang petah bercakap mampu menarik perhatian hadirin berbanding ucapan orang gugup yang akan memboringkan mereka yang mendengarnya.

Persoalannya, adakah kepetahan bercakap satu anugerah yang tidak boleh dipelajari? Bagaimana orang yang gugup berucap di hadapan orang ramai boleh mengubah dirinya menjadi orang yang lancar bercakap? Apakah ia perkara mustahil? Semua persoalan ini ada jawapan positifnya dan tip yang akan diberi dalam post ini adalah berdasarkan pengalaman UF sendiri sebagai seorang manusia yang dulunya terlalu gugup berhadapan dengan orang ramai sehinggakan tidak terkeluar ucapan daripada mulut melainkan 4-5 patah perkataan mukaddimah.

Bila tahu dan sedar diri UF begitu, perasaam rendah diri memang ada tapi keinginan untuk berubah tetap berkobar-kobar walaupun malu-malu. Masa di sekolah agama dulu ada pengucapan awam sebab mudir nak latih kami untuk berucap di hadapan orang, tapi UF masih lagi gugup untuk berucap walaupun terkadang mudir suruh ikut apa yang dia cakap. Perasaan cemburu amat membuak-buak bila melihat rakan-rakan yang lancar dan fasih berucap. Namun bukanlah cemburu yang negatif, sebaliknya cemburu yang positif untuk menjadi sebaik mereka.

UF dapat peluang sambung pelajaran ke Universiti al-Azhar pada bulan Disember tahun 1992 setelah mendapat syahadah 4 Thanawi dari Pondok Pokok Sena, Pulau Pinang. UF masih ingat lagi, satu hari selepas 2-3 hari sampai di Mesir, UF diziarahi oleh Us. Zulkifli Ismail (Ketua Ulama PAS Melaka). Kebetulan isterinya orang Penang dan dia selalu datang ke asrama pelajar Penang. Kami bersembang dan berkenalan sambil dia memberi sedikit nasihat bagaimana hidup berjauhan daripada keluarga di bumi Mesir. Antara nasihat yang dia bagi ialah bagaimana membina kemampuan berucap di hadapan orang (macam tahu-tahu pula kelemahan UF).

Caranya ialah, setiap kali ada program ceramah atau forum yang dianjurkan oleh persatuan pelajar di Mesir, beranikan diri untuk bertanyakan soalan, biarpun soalan yang ditanya dianggap remeh oleh orang lain. Untuk mudahkan bertanya, tulis dulu soalan yang ingin ditanya. Jadi UF ambil nasihat US. Zul sebagai panduan dan mula amalkannya. Apa saja program yang dihadiri UF akan cuba bertanyakan soalan kepada penceramah sehingga ada orang kata UF nak menunjuk-nunjuk. UF tak peduli apa orang lain nak kata, hanya Allah yang tahu kenapa UF banyak bertanya dalam apa-apa program. Hasilnya bukan diperolehi dalam masa singkat, bahkan bertahun untuk dapat keyakinan sebenarnya orang gugup macam UF ni sebenarnya boleh bercakap dan berucap di hadapan orang ramai.

Alhamdulillah, hasil daripada amalan bertanyakan soalan dalam program, lama kelamaan masalah UF yang malu dan gugup bercakap dapat diatasi. Namun masih banyak ruang kelemahan yang masih ada dalam diri UF yang boleh diperbaiki lagi. Kepada anda yang mempunyai masalah yang sama terutama pelajar sekolah dan mahasiswa/i IPT, mungkin boleh amalkan juga cara ini. UF tidak katakan ini satu-satunya cara mengatasi masalah tersebut, tapi sedikit sebanyak Insya Allah ia dapat membantu.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Mengatasi Masalah Gugup Bercakap"

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 5 Total Visit: 6525 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Aktiviti Terkini UF

Tazkirah Ramadan Surau al-Hijrah, Kota Warisan 3-5 Sep 2010

  • usulifaqih: air paip ke air tangki ke asalnya sama ada daripada air mata air atau sungai atau mana-mana sumber. Yang penting ia air mutlak. Maka bolehla untuk dig
  • baidah: air paip? tak boleh bersuci? air tangki? tangki air kecik saiz 3 baldi plak. alaaa.... xplain lah ikut kontemporari ust
  • usulifaqih: Insya Allah... sama-samalah kita memberi dan menerima manfaat untuk kebaikan Islam.

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. Klik gambar untuk maklumat lanjut: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!