UsuliFaqih dot com

02 Nov, 2009

Kenapa Aku Serba Kekurangan…?

Posted by: usulifaqih In: Motivasi

Seringkali kita merasakan ada banyak kekurangan dalam diri kita yang menyebabkan kita berasa rendah diri. Kenapa aku tidak dapat no. 1 seperti orang lain? Kenapa aku tidak pandai menyanyi seperti orang lain? Kenapa aku tidak pandai main bola seperti orang lain? kenapa… kenapa dan kenapa aku….?

Ya… persoalan-persoalan itu memang pernah menghantui diri UF. Terasa amat kerdil diri ini jika hendak dibandingkan dengan orang lain. Perasaan cemburu dan sakit hati akan terasa dalam diri bila melihat orang lain “pandai” itu dan “pandai” ini. Apa yang aku pandai buat??? Nak kata pandai ceramah, orang lain lagi hebat berceramah. Nak kata pandai dalam pelajaran, orang lain lagi hebat sampai dapat first class atau mumtaz/jayyid jiddan. Bla Bla Bla….

Tapi bila difikir dan direnung balik, takkanlah diri UF tiada kelebihan langsung. Apakah hanya ada kekurangan dalam diri UF ni. Lama UF “mengkaji” dan “melihat” diri UF yang diciptakan Allah yang Maha Agung. Adakah Allah ciptakan UF untuk berduka mengenang nasib yang penuh kekurangan atau untuk apa?

Hakikat diri UF tak setanding orag lain dalam serba serbi memang tidak boleh dinafikan. Memang hakikatnya UF tak pandai dalam banyak perkara, hanya tahu sikit-sikit sahaja. Ceramah, bolehlah sikit-sikit malah sampai sekarang pun masih belajar berceramah. Sebab tu terkadang ceramah jadi lancar, terkadang pulak lintang pukang (diri sendiri pun boleh tahu). Main bola pun tahu sikit-sikit, bukannya pandai pun cuma dah minat bersukan terutamanya main bola.

Menyanyi pun tahu sikit-sikit, walaupun waktu sekolah dulu selalu jadi wakil ke pertandingan menyanyi. Baru UF tahu yang suara UF tak sesuai jadi penyanyi, tu pun tahu bila UF masuk studio nak rakam album INSTINCT, pemilik studio kata UF tak boleh nyanyi sebab pakai suara hidung (ala ala sengau la tu). Dengar suara sendiri pun rasa malu.

Tapi setelah lama “melihat” diri sendiri dan mengkajinya, barulah UF tahu dan sedar rupanya “kelebihan” diri UF ialah tahu buat semua perkara sikit-sikit. Alhamdulillah, rupanya itulah kelebihan yang Allah anugerahkan untuk UF. Perkara yang asalnya dianggap kekurangan tapi sebenarnya kelebihan bila kita berfikiran positif dalam hidup kita.

Bukan tujuannya UF nak mendabik dada, tetapi sekadar berkongsi pengalaman yang tak seberapa. Kalau anda di luar sana selalu rasa rendah diri sebab banyak kekurangan, ingatlah pasti ada kelebihan (kalau tak banyak pun, ada sikit) dalam diri anda yang Allah kurniakan. Berbangga dengan diri anda sendiri dan bersyukur dengan kurniaan Allah itu. Sedarlah walaupun seseorang itu berwajah cantik (contohnya) yang dianggap satu kelebihan, tidak semestinya orang itu lebih dalam perkara lain.

Mungkin terkadang ada seorang yang mempunyai kelebihan dalam banyak perkara: cantik, pandai, kaya dan sebagainya, tapi diri kita juga tetap ada kelebihan. Mungkin kelebihan itu belum dapat ditonjolkan kerana kita asyik dikalahkan dengan perasaan serba kurang.

Yang penting ialah kita berfikiran positif dan berpeganglah dengan moto:

Aku tidak hidup disebabkan pujian orang dan aku tidak mati disebabkan cemuhan orang“.

Share/Save/Bookmark

3 Responses to "Kenapa Aku Serba Kekurangan…?"

1 | mat

November 6th, 2009 at 3:15 pm

Avatar

ok la tu ustad. tau byk bda siket2. apa yg mat tau? siket pun tak tau apa yg mat tau, siket yg mat tau is mat tak tau apa yg mat tau. haiyaa

2 | usulifaqih

November 7th, 2009 at 10:28 am

Avatar

mat… nasib baik la mat tau sikit yang mat tak tau apa yang mat tau… kalau mat tak tau sikit apa yang mat tak tau apa yang mat tau… tak ke lagi haru… ishh saya pun tak tau apa yang saya tau yang mat tak tau…..

3 | aida

December 26th, 2009 at 9:58 pm

Avatar

betul! betul! betul! samala dengan saya Ostad..hehehe..

..selalu menilai Orang yang lebih baik dari kita tapi bila ingat kata-kata ni, insf plak =p : “bila kita melihat Orang yang memakai KASUT sedangkan kita hanya BERSELIPAR, maka pandanglah mereka yang hanya BERKAKI AYAM” =)

Comment Form

Categories

Pelawat

Visits today: 19 Total Visit: 6532 Visitor Online: 0 Since: 28/05/2009

 

September 2010
M T W T F S S
« Aug    
 12345
6789101112
13141516171819
20212223242526
27282930  

Aktiviti Terkini UF

Tazkirah Ramadan Surau al-Hijrah, Kota Warisan 3-5 Sep 2010

  • usulifaqih: air paip ke air tangki ke asalnya sama ada daripada air mata air atau sungai atau mana-mana sumber. Yang penting ia air mutlak. Maka bolehla untuk dig
  • baidah: air paip? tak boleh bersuci? air tangki? tangki air kecik saiz 3 baldi plak. alaaa.... xplain lah ikut kontemporari ust
  • usulifaqih: Insya Allah... sama-samalah kita memberi dan menerima manfaat untuk kebaikan Islam.

Siapa usulifaqih?

Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. Klik gambar untuk maklumat lanjut: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!