UsuliFaqih dot com

24 Jun, 2009

USUL FIQH (Siri 1)

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

PENDAHULUAN

Untuk memahami sesuatu ilmu, ia bergantung kepada gambaran umum ilmu tersebut yang dijelmakan melalui definisinya. Jika dilihatĀ  kepada istilah Usul Fiqh, ia mengandungi dua perkataan iaitu “Usul” dan “Fiqh”. Setiap perkataan mempunyai makna tersendiri dan apabila keduanya digabungkan, ia membentuk definisi kepada Usul Fiqh itu sendiri. Sebelum di sebut definisi ilmu ini, maka kita perlu memahami terlebih dahulu, apa maksud dua perkataan tadi (”Usul” dan “Fiqh”).

Usul

Perkataan “Usul” berasal daripada Bahasa Arab dan ia adalah kata jamak kepada “al-Aslu” (asal). Maksudnya dari segi
bahasa, ialah “asas kepada sesuatu benda/perkara”. Contohnya tapak yang ingin dibina rumah di atasnya dipanggil
al-Aslu” (asas). Manakala dari segi istilah, “Usul” boleh diertikan dengan beberapa maksud:

a. Dalil, contohnya: asal (dalil) kepada kewajipan zakat ialah firman Allah Taala yang bermaksud “dan tunaikanlah
zakat” (surah al-Baqarah ayat 43).

b. Kaedah, contohnya: asal (menurut kaedahnya) menjual perkara yang tiada adalah terbatal.

c. Perkara yang rajih (kuat), contohnya asal antara al-Quran dan qiyas ialah al-Quran. Maksudnya al-Quran lebih
kuat dan berautoriti berbanding qiyas.

d. Istishab, contohnya: asal (menurut hukum istishab) sesuatu perkara adalah harus sehinggalah datang dalil menyatakan sebaliknya. Istishab ialah mengekalkan hukum asal, yakni perkara yang harus pada masa dahulu, akan terus kekal harus pada masa sekarang dan akan datang sehingga ada bukti menyatakan sebaliknya.

e. Lawan kepada perkataan furuk, contohnya: ayah adalah asal dan anak adalah furuk (maksudnya berasal daripada ayah).

f. Perkara yang dikiaskan ke atasnya (al-Maqis ‘Alayh), contohnya: arak adalah asal kepada semua minuman yang memabukkan. Maksudnya semua minuman memabukkan seperti minuman air daun ketum dikiaskan ke atas arak dari segi pengharaman hukumnya.

Daripada enam maksud kepada perkataan “Usul” di atas, istilah yang lebih hampir dengan perbincangan ilmu Usul Fiqh ialah yang bermaksud dalil.

Fiqh

Perkataan fiqh juga berasal daripada bahasa arab dan dari segi bahasanya ia bermaksud mengetahui dan memahami sesuatu perkara. Dari segi istilah pula, fiqh bermaksud “mengetahui hukum hakam syarak berkenaan perbuatan mukallaf yang disandarkan kepada dalil-dalil tafsiliyy“. Fiqh merupakan satu ilmu lain dan berasingan daripada ilmu Usul Fiqh, namun kedua-duanya saling kait mengait antara satu sama lain.

Definisi Usul Fiqh

Apabila dua perkataan “Usul” dan “Fiqh” digabungkan menjadi “Usul Fiqh”, maka ulama memberikan definisi mudah, iaitu yang dimaksudkan dengan Usul Fiqh ialah dalil-dalil fiqh. Apakah dalil-dalil fiqh? Dalil-dalil fiqh yang dimaksudkan sebagai teras kepada ilmu Usul Fiqh dan ilmu Fiqh ada empat iaitu:
a. al-Quran.
b. Sunnah.
c. Ijmak.
d. Qiyas.

Jadi menurut definisi ini, ilmu Usul Fiqh ialah perbincangan berkenaan empat dalil (sumber) rujukan kepada hukum
hakam Syarak dan bagaimana mengistinbat (membina) hukum daripadanya. Perbincangan dalil-dalil (sumber) tersebut merangkumi dalil-dalil ijmaliyy dan dalil-dalil tafsiliyy. Dalil ijmaliyy ialah empat sumber di atas dari segi kehujahannya, yakni sama ada empat dalil tersebut boleh dijadikan hujah ataupun tidak. Manakala dalil tafsiliyy ialah dalil-dalil terperinci seperti setiap satu ayat al-Quran dan hadis Rasulullah S.A.W yang berkaitan hukum hakam.

Bersambung…

Share/Save/Bookmark

No Responses to "USUL FIQH (Siri 1)"

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!