UsuliFaqih dot com

28 Jul, 2009

Memahami Ijtihad Siyasi

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

Ijtihad didefinisikan sebagai “daya usaha seseorang mujtahid untuk mengetahui hukum hakam Syarak melalui cara
istinbat hukum daripada dalil”. Ijtihad dibahagikan kepada dua, pertama ijtihad (usaha) untuk memahami nas yang
datang daripada Allah dan Rasul-Nya, lalu mujtahid membina hukum daripadanya. Kedua ijtihad (usaha) untuk
mengetahui hukum terhadap perkara yang tidak ada nas, lalu mujtahid membina hukum berdasarkan prinsip-prinsip umum dalam Syarak.

Namun ijtihad bukanlah mainan yang boleh dikendalikan sesiapa sahaja di kalangan orang awam. Ia adalah eksklusif
kepada golongan berilmu agama yang dikenali sebagai mujtahid atau faqih. Mereka yang ingin terlibat dengan ijtihad,
disyaratkan agar memenuhi beberapa kriteria antaranya mengetahui Bahasa Arab, menguasai ilmu al-Quran dan Sunnah dan lain-lain lagi yang dinyatakan dalam ilmu Usul Fiqh.

Ijtihad adalah mekanisme penting kepada umat Islam untuk mengetahui hukum kepada sesuatu isu, terutamanya isu yang tidak disentuh oleh nas al-Quran dan Sunnah. Kepentingan ijtihad pada zaman ini tidak terbatas kepada bidang-bidang tertentu sahaja, malah ia merentasi semua bidang kehidupan samada ekonomi, perubatan dan lain-lain.

Salah satu bidang yang memerlukan pengamalan ijtihad berterusan ialah dalam bidang siyasah atau politik. Maka amatlah perlu kepada para ulama untuk memastikan agar Ijtihad Siyasi dipraktikkan mengikut prinsip-prinsip Siyasah Syariyyah.

Ijtihad Siyasi bolehlah didefinisikan sebagai ijtihad yang bersangkut paut dengan isu-isu politik. Jika ijtihad dalam
bidang ekonomi bermaksud mengetahui hukum sama ada boleh atau tidak sesuatu transaksi muamalat itu, maka Ijtihad Siyasi pula bermaksud mengetahui hukum sama ada boleh atau tidak sesuatu tindakan politik yang diambil.

Sebagai contoh kepada Ijtihad Siyasi ialah persoalan Syarie atau tidak memasuki pilihanraya yang diamalkan di Malaysia. Satu lagi contoh Ijtihad Siyasi ialah persoalan Tahaluf Siyasi (penggabungan politik) antara PAS dan DAP dalam Pakatan Rakyat (atau dahulunya Barisan Alternatif).

Golongan ulama atau mujtahid yang paling sesuai membincangkan isu-isu ini ialah mereka yang terlibat sendiri dengan politik. Mereka lebih memahami selok belok, sepak terajang politik berbanding ulama yang tidak terlibat politik. Sama seperti ulama yang memahami dan terlibat dengan bidang ekonomi adalah lebih sesuai berijtihad dalam isu-isu ekonomi yang timbul.

Natijah daripada Ijtihad Siyasi ini akan memberi hasil kepada kemaslahatan umat Islam sama ada mereka yang terlibat dengan politik atau tidak. Mereka dapat mengetahui apakah dalil-dalil atau kaedah-kaedah yang diguna pakai untuk menjustifikasikan tindakan politik yang telah diputuskan. Ia dapat menghilangkan sebarang keraguan terhadap hukum yang dibina berdasarkan Ijtihad Siyasi, apatah lagi ia diputuskan oleh sekumpulan ulama yang pakar dalam bidang ilmu agama.

Dari sudut yang lain, Ijtihad Siyasi yang diputuskan boleh dijadikan panduan kepada pelajar dan mahasiswa yang
mengambil jurusan Siyayah Syariyyah atau Sains Politik Islam. Para pelajar ini boleh mengkaji keputusan Ijtihad
Siyasi
tersebut untuk perkembangan dan pengukuhan thaqafah mereka dalam bidang Siyasah Syariyyah.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Memahami Ijtihad Siyasi"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!