UsuliFaqih dot com

22 Aug, 2009

Ahlan Ya Ramadan

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

Firman Allah Taala:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Yang bermaksud, “Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa seperti mana diwajibkan ke atas orang-orang yang sebelum kamu, mudah-mudahan kamu akan bertaqwa“. Surah al-Baqarah ayat 183.

Ramadan datang menjengah kita lagi, satu kesempatan yang perlu disyukuri oleh kita semua. Ini kerana Allah masih
memberi peluang kepada kita yang masih hidup ini untuk merebut “bonus” dan “hamper” yang disajikan oleh Allah sepanjang bulan yang mulia ini. Selalunya apabila tibanya bulan Ramadan al-Karim, kita diwarkan-warkan dengan satu malam istimewa iaitu Lailatul Qadar, malam yang lebih baik daripada seribu bulan beribadat.

Untuk mendapat nikmat berjumpa dan melalui malam istimewa ini bukannya senang, kerana ia “disembunyikan” oleh Allah bila akan terjadinya malam itu. Sebab itulah kita digalakkan supaya tekun beribadat dan beramal soleh setiap saat, siang dan malam, mudah-mudahan kita mudah dipertemukan dengan Lailatul Qadar. Jikalau Allah awal-awal lagi sudah memberitahu bila tarikh Lailatul Qadar, maka ia tidaklah dihargai sangat oleh kita semua.

Kita perlu tanya diri kita sendiri, apakah kita akan mudah bertemu dengan malam manis itu, sedangkan kita beriman
sekerat-sekerat? Suruhan Allah ada yang kita abaikan, manakala larangan Allah ada yang kita amalkan. Seolah-olah
kita mempermainkan Allah dengan doa kita, di malamnya kita berdoa supaya dipertemukan dengan Lailatul Qadar, namun keesokkannya kita melakukan pelbagai jenis maksiat termasuk tidak berpuasa. Pada siangnya kita berdoa begitu, namun pada malamnya, di saat ramai umat Islam solat sunat Terawih di masjid atau surau, kita pula ber”terawih” di kelab-kelab malam atau dangdut atau berpeleseran dengan makwe dan pakwe.

Ya Allah! kami beriman pada-Mu, kami laksanakan perintah-Mu, kami tinggalkan larangan-MU, maka pertemukanlah kami dengan Lailatul Qadar agar kami kecapi nikmat terindah itu sebelum Engkau menjemput kami pulang bertemu dengan-Mu. Amin!

Share/Save/Bookmark

4 Responses to "Ahlan Ya Ramadan"

1 | mat

August 23rd, 2009 at 1:16 am

Avatar

terasa aaa ngan ‘terawih’ di kelab. tobat2

2 | usulifaqih

August 26th, 2009 at 6:35 am

Avatar

emmm… tobat ke taubuat…

3 | mat

August 27th, 2009 at 12:50 am

Avatar

heheh, xtaubuat dah. ustat, bakpe kalo bulan posa, nak posa tu senang je, tp tang nak semayang, alahai, longlainye…. rase mallessss sgt. camane nak adjust??

4 | usulifaqih

August 27th, 2009 at 3:56 pm

Avatar

Islam itu terbina atas 5 asas (rukun):

1. Syahadah
2. Solat 5 waktu
3. Berpuasa
4. Zakat
5. Haj bagi yang mampu.

Kalau seseorang muslim/ah buat separuh je dari 5 asas ni, makna kata Islam dan Imannya senget.

Mat.. 2-2 tu penting… nak adjust? nak motivasi? ingatkan api neraka jika meninggalkannya… kalau tak termotivasi gak.. emm tak tahulah… apa2 pun kena lawan nafsu dan syaitan… Insya Allah

Comment Form


  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!