UsuliFaqih dot com

03 Sep, 2009

Ulasan Bengkel Lilin

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

Pembentangan pada hari tersebut dimulakan oleh En. Ann Wan Seng yang menyentuh mengenai adat orang cina dalam pengurusan mayat orang cina. Beliau membahaskan 3 aspek penting iaitu:
1. Adat kematian orang cina.
2. Upacara Pengkebumian orang cina.
3. Pantang larang kematian orang cina.

Persoalan yang timbul dan ada kaitan dengan pembincangan bertitik tolak dari tindakan YB Dato’ Sri Nizar Jamaluddin yang memegang lilin dan memakai baju warna hitam dalam satu majlis yang dikatakan sempena memperingati kematian Teoh Beng Hock. Menurut En. Ann Wan Seng, penggunaan lilin bukanlah upacara agama orang cina, malah ia lebih kepada adat dan lilin bukanlah unsur terpenting dalam urusan kematian orang cina berbanding colok.

Dari segi pakaian pula, selalunya anak si mati akan memakai baju warna hitam, cucu akan memakai baju biru, cicit akan memakai baju hijau dan menantu akan memakai baju putih. Namun ia bukanlah wajib kerana ia lebih kepada adat sahaja kerana terkadang ada suku kaum cina yang memakai serba putih.

Pembentangan kedua pula oleh Us. Zaharuddin Mohamad (Pegawai Syariah ISRA) yang menyentuh mengenai hukum Vigil (menyalakan lilin). Menurut beliau, tujuan nyalaan lilin dapat dibahagaikan kepada 4 tujuan:
1. Pemujaan.
2. Berkabung.
3. Kepercayaan kepada kuasa tertentu.
4. Simbolik.

Hukum bagi tindakan pertama, ke dua dan ke tiga adalah haram kerana ia memupunyai unsur mensyirikkan Allah Taala, manakala hukum bagi tindakan ke empat dikategorikan sebagai syubuhat yang seeloknya ditinggalkan oleh umat Islam kerana ia tidak memberi apa-apa manfaat. Menurut beliau lagi bukan semua adat diterima atau ditolak seratus peratus oleh Syariat, adat yang bertepatan dengan prinsip Syarak maka ia diterima. Adat yang menyalahi prinsip Syarak, maka ia ditolak.

Beliau menambah bahawa beliau pernah bersembang dengan Prof. Wu (Prof. bagi pengajian bahasa Melayu di sebuah universiti China) yang berpendapat bahawa lilin adalah upacara agama dalam kematian orang cina. Namun ini dijawab oleh En. Ann Wan Seng bahawa adat orang cina di Malaysia berbeza dengan adat orang cina di China. YB Nizar juga sebenarnya ketika memegang lilin dan memakai baju hitam itu bukannya berada dalam majlis upacara kematian tetapi berada dalam sebuah majlis lain iaitu menuntut pembubaran DUN Perak. Jadi tidak timbul isu beliau terlibat dalam upacara keagamaan kematian orang cina.

Bengkel ini sedikit sebanyak membuka minda untuk memahami adat orang cina dalam menguruskan sesuatu kematian dan En. Ann Wan Seng sendiri telah menulis mengenai beberapa adat orang cina yang merangkumi pelbagai aspek dalam sebuah bukunya.

Share/Save/Bookmark

4 Responses to "Ulasan Bengkel Lilin"

1 | mat

September 3rd, 2009 at 5:13 pm

Avatar

tq ust. mmm tapi apa hujah us zaharudin bagi utk katakan yg guna lilin sebagai simbolik sesuatu dianggap syubhat ye? hmmm….

er… guru ibarat lilin yg mbakar diri…. alamak, sobahat ke?

2 | mienim

September 3rd, 2009 at 9:04 pm

Avatar

Sepatutnya pegang lampu suluh….baru takde syubhat

3 | usulifaqih

September 4th, 2009 at 11:56 am

Avatar

mat… bg us. zaharudin, guna lilin utk simbolik tu adat orang bukan Islam walaupun bukan urusan agama tapi ia tidak memberi manfaat apa2… so bagi dia kalau adat yg tidak beri apa2 manfaat dikira syubhah yang kalau boleh ditinggalkan..

benda ni memang kena kajian yang lebih mendalam… sebab w/pun mengikut Ann Wan Seng lilin tu hanya adat dalam kematian orang cina… tapi lilin juga digunakan oleh orang Kristian… cuma tak pasti adakah ia adat je atau salah satu upacara agama Kristian

mienim…. ye tak ye gak kan… cuma jangan baca tahlil sambil pegang lampu suluh dah le bila zairah orang kafir mati… hehe

4 | mat

September 4th, 2009 at 2:47 pm

Avatar

pelik gak… adat yg tidak beri apa2 manfaat patutnya hukum harus lah, bukan syubhat

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!