UsuliFaqih dot com

11 Sep, 2009

Sekadar Pandangan

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

Tadi masa dengar khutbah jumaat, khatib berkhutbah tentang zakat fitrah dan dia ada sebut pasal syarat wajib zakat fitrah dan hikmahnya serta perkara-perkara berkaitan. Sambil mendengar khutbah tu sambil UF terfikir, kalaulah wang zakat fitrah yang dikumpul tu bertujuan untuk membantu faqir miskin terutama untuk menghadapi hari raya Aidilfitri, boleh tak pusat zakat negeri ambil inisiatif pada masa depan, cari mekanisme menggalakkan umat Islam bayar zakat fitrah lebih awal, yakni sebelum 15 Ramadan.

Tujuannya ialah bila zakat fitrah sudah terkumpul awal, maka agihannya juga boleh diawalkan dan faqir miskin mendapat bahagian mereka masing-masing lebih awal sebelum tibanya 1 Syawal. Katakan 15 Ramadan adalah tarikh target, jadi sekitar 20-25 Ramadan wang zakat fitrah itu perlu diagihkan kepada golongan faqir miskin. Manakala zakat fitrah yang dibayar selepas tarikh itu boleh diberikan kemudian.

Dapatlah golongan faqir miskin membuat persiapan dengan sempurna lebih awal dari segi pakaian raya untuk anak-anak dan kelengkapan lain-lain. Kalau kita masih mengamalkan sistem agihan selepas hari raya Aidilfitri seperti sekarang, maka golongan faqir miskin tidak mendapat kenikmatan berhari raya (walaupun sikit).

Walaupun waktu wajib untuk bayar zakat fitrah ialah tenggelamnya matahari akhir Ramadan dan sebelum menunaikan solat sunat Aidilfitri namun boleh dikeluarkan zakat fitrah bermula awal Ramadan lagi dan hukumnya adalah sunat. UF rasa kita boleh cuba cadangan ini.

Ini adalah pandangan UF, boleh ditolak dan boleh dibincang… apa komen anda?

Share/Save/Bookmark

4 Responses to "Sekadar Pandangan"

1 | wardah

September 28th, 2009 at 1:08 pm

Avatar

sy x pdai komen, tp x ke zakat kat Msia ni dah jd mcm dana besar. maksudnya, err… dana lah… ada zakat fitrah, ada zakat harta, ada zakat hutang dll… semuanya disatukan dlm 1 akaun - bukannya dipisah secara fizikal antara sumber2 zakat, pastu semuanya diagih pd asnaf zakat. jadinye, cepat atau lambat bayar zakat fitrah, takde kesan pd agihan, lain la kalau dana zakat tinggal sikit sgt, x cukup nak agih utk fakir miskin dlm bln tu.

ada kawan dulu bgtau, masa dia blajar kat timur tgh, diorang byar zkt direk ke fakir miskin… emm, kalu gitu, boleh la si fakir tu guna utk raya kan….

2 | usulifaqih

September 28th, 2009 at 4:46 pm

Avatar

Ini sekadar pandangan UF, cuma kalau agihan tu kalau diberi selepas raya, so takde makna la buat fakir miskin kan? Kalau akaun zakat disatukan sekalipun, kalau agihan tu lambat tak memberi kesan positif pada yang memerlukan. Yang UF sarankan tu, ialah nak cepatkan AGIHAN sebelum 1 Syawal, jadi dapatlah fakir miskin manfaatkan sumbangan yang diberikan kepada mereka. Tapi apa2 pun wardah, terima kasih beri komen dan pandangan.

3 | wardah

September 28th, 2009 at 6:04 pm

Avatar

oooo…sori aaa uf, sy lbt paham. isunye ni nak agih zkt sblm raya la yek. hmmm… hari tu ada tengok kalender zakat negeri mana tah, diorg mmg ada buat byk agihan utk fakir miskin sblm raya lagi. n 4 sure, duit zkt tu bkn dr zakat yg dikutip dlm ramadan tu la. mesti amik dr dana zakat yg sumbernya dah bcampur aduk antara fitrah dan harta.
tp kan, sy x suka la sikap org kita yg msh suka byr zakat direk kat fakir miskin. x sesuai. byr la kat pjbt zkat, pastu bantu la fakir miskin tu daftar/mohon kat pjbt zakat spy mrk dpt bantuan zakat scara tetap spanjg tahun, bukannya time pose je.

4 | usulifaqih

September 29th, 2009 at 9:07 am

Avatar

Ada pro n kon dalam hal bagi direct kat asnaf ni… memangla seeloknya bagi kat pusat zakat… tapi kalau dienakmenkan sapa yang bayar zakat kepada selain pusat zakat akan dihukum denda atau penjara atau sebat pun payah gak… sebab sesetengah pondok atau sekolah agama rakyat dok hidup dengan zakat yang dibayar direct kepada dieorang… begitu juga dengan individu asnaf…

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!