UsuliFaqih dot com

13 Jul, 2009

Isra’ dan Mikraj Mukjizat Agung

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

Masa UF belajar di Mesir, pertama kali UF berforum sebagai ahli panel ialah ketika program sempena Isra’ dan Mikraj
(tak ingat tahun berapa) anjuran Dewan Perwakilan Mahasiswa Damanhur. Memandangkan bacaan bukanlah hobi UF, tapi bila dijemput untuk berforum jadi UF kenalah beli satu buku mengenai Isra’ dan Mikraj di kedai sebagai bahan untuk forum nanti. UF akui yang UF bukanlah orang yag petah bercakap, malah peringkat mula dulu sering gugup
dan ketar bila berbicara di hadapan orang ramai. Namun UF berfikir kalau tidak berlatih berceramah depan orang, bila lagi nak biasakan diri. Walaupun ada perasaan takut, tapi UF beranikan diri juga untuk berforum.

Berdasarkan buku yang UF beli, UF buat nota ringkas sikit dan bercakaplah dalam forum tu mengenai Isra’ dan Mikraj.  Antara kenyataan yang UF sebut dalam forum tersebut ialah Isra’ dan Mikraj bukanlah satu mukjizat kepada Nabi Muhammad S.A.W. Bila sampai sesi soal jawab, ada seorang sahabat UF (Adnan Fadhil) mengemukakan soalan. Dia tanya, dari mana UF dapat fakta yang disebutkan tadi, kerana katanya jumhur ulama telah menjelaskan bahawa Isra’ dan Mikraj adalah mukjizat Nabi. Ketika itu memang UF matu kutu, tak tahu nak jawab apa melainkan UF kata UF ambil fakta tu dari buku yang dibeli.

Selepas itu UF buat rujukan beberapa kitab muktabar dan ternyata memang benar bahawa Isra’ dan Mikraj adalah mukjizat nabi. Pendapat yang mengatakan kedua-duanya bukan mukjizat adalah pendapat yang dipelopori oleh orientalis untuk merendahkan martabat Rasulullah S.A.W kerana dengki dengan peribadi Nabi. Jadi UF mohon keampunan daripada Allah atas keterlanjuran kata ketika forum tempoh hari, dan ia memang salah UF kerana kejahilan. Itulah bahananya kalau kurang membaca dan mudah menerima apa sahaja yang dibaca tanpa merujuk
kepada kitab-kitab muktabar. Ia menjadi pengalaman yang berguna untuk UF pada masa-masa akan datang.

Isra’ dan Mikraj adalah mukjizat kerana mengikut pendapat yang masyhur, Nabi diIsra’kan dengan tubuh badan sekali dan bukan hanya dengan ruh sahaja. Sebab itulah Nabi Muhammad S.A.W menunggangi Buraq dari Mekah menuju Baitul Maqdis sambil ditemani oleh Jibril A.S. Sepanjang perjalanan ke Baitul Maqdis, Nabi dipertontonkan dengan tayangan “live” siksaan api neraka dan nikmat yang diperolehi oleh ahli syurga. Begitu juga ketika Mikraj ke Sidratul Muntaha dan Baitul Makmur, Rasulullah bertemu dengan beberapa orang Nabi sehinggalah kemuncaknya baginda bertemu dengan Allah Azza Wa Jalla dan menerima watikah kewajipan solat 5 waktu (setelah dikurangkan daripada 50 waktu).

Bukankah perkara-perkara ajaib dan mencarik adat yang dilalui oleh Rasulullah dalam peristiwa Isra’ dan Mikraj ini adalah mukjizat agung? Ternyatalah ia mukjizat yang tidak boleh dan tidak akan dicapai oleh manusia lain kecuali Rasulullah S.A.W kerana baginda adalah kekasih Allah. Setiap perkara yang mencarik adat (yang berlaku diluar logik akal manusia) yang berlaku kepada Nabi Muhammad S.A.W selepas dilantik sebagai Nabi dan Rasul adalah mukjizat. Ia kekal mukjizat dan tidak boleh dinafikan oleh sesiapa pun.

Share/Save/Bookmark

No Responses to "Isra’ dan Mikraj Mukjizat Agung"

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!