UsuliFaqih dot com

24 Aug, 2010

Bukan Setakat Lim Guan Eng Ja….

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

limguaneng

(Sumber gambar: klik di sini)

Hebat Lim Guan Eng ni sampai ada khatib sebut dan doakan dia dalam khutbah Jumaat di Pulau Pinang. Kenapa Lim Guan Eng? bukannya Chua Soi Lek presiden MCA? Begitulah kepoh dan kecohnya isu ni sejak minggu lepas.

Kita tengok dulu rukun-rukun khutbah Jumaat. Dalam kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah (bab Solat Jumaat) mazhab Syafi’i, rukun khutbah Jumaat ada lima:
1. Bertahmid kepada Allah (Alhamdulillah).
2. Selawat ke atas nabi.
3. Berwasiat (pesan) tentang taqwa.
4. Membaca ayat al-Quran.
5. Berdoa kepada orang mu’min.

Rukun 1-3 adalah wajib dalam kedua-dua khutbah, manakala rukun 4-5 boleh dilakukan di salah satu khutbah sama ada yang pertama atau yang kedua.

Isu mendoakan kepada raja atau sultan dalam khutbah Jumaat adalah seperti berikut. UF sebutkan nas teks arab daripada kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah (bab Solat Jumaat):

أَمَّا الدُّعَاءُ لِلسُّلْطَانِ بِخُصُوصِهِ فَفِي الْمُهَذَّبِ لا يُسْتَحَبُّ لِمَا رُوِيَ عَنْ عَطَاءٍ أَنَّهُ مُحْدَثٌ وَفِي شَرْحِهِ اتَّفَقَ أَصْحَابُنَا عَلَى أَنَّهُ لا كَرْه وَلا يُسْتَحَبُّ، وَالْمُخْتَارُ أَنَّهُ لا بَأْسَ بِهِ إذَا لَمْ يَكُنْ فِيهِ مُجَازَفَةٌ فِي وَصْفِهِ وَنَحْوِهَا وَيُسْتَحَبُّ بِالاتِّفَاقِ الدُّعَاءُ لأَئِمَّةِ الْمُسْلِمِينَ وَوُلاةِ أُمُورِهِمْ بِالصَّلاحِ وَالإِعَانَةِ عَلَى الْحَقِّ وَالْقِيَامِ بِالْعَدْلِ وَنَحْوِ ذَلِكَ، وَلِجُيُوشِ الإِسْلامِ

Terjemahannya, “Adapun mendoakan kepada sultan dengan khusus, maka dalam kitab al-Muhazzab ia tidak disunatkan kerana diriwayatkan daripada Ata’ bahawa ia perkara yang baru dicipta (dibuat). Dalam Syarah al-Muhazzab pula, ulama mazhab Syafi’i bersepakat bahawa ia (mendoakan sultan) tidak makruh dan tidak pula disunatkan. Namun pendapat yang terpilih ialah tidak mengapa mendoakan sultan sekiranya tidak melampau dalam berdoa dan seumpamanya. Sunat secara sepakat ulama mendoakan kepada pemimpin umat Islam dengan kebaikan, agar membantu kebenaran, melaksanakan keadilan dan seumpamanya. Begitu juga sunat mendoakan kepada tentera-tentera Islam“.

Amalan khutbah di Malaysia ialah mendoakan kepada Yang Di Pertuan Agong, sultan, kaum kerabat dan pemimpin umat Islam. Tapi bila nama Lim Guan Eng yang disebut dan didoakan kepadanya oleh seorang khatib Us Zakaria Ahmad di beberapa masjid Pulau Pinang, ia menimbulkan kekecohan. Apatah lagi nama Yang Di Pertuan Agong (ketua Islam di Pulau Pinang) tidak disebut secara khusus.

Us. Zakaria Ahmad menjelaskan isu ni dalam akhbar Utusan Malaysia (bukan Harakah) pada 23 Ogos 2010. Beliau mengaku yang beliau menyebut nama Lim Guan Eng dan beliau mendoakan agar Ketua Menteri Pulau Pinang itu menerima hidayah supaya memeluk Islam. Manakala beliau hanya mendoakan secara umum kepada pemimpin umat Islam dan tidak menyebut secara khusus nama yang Di Pertuan Agong.

Kalau ikut hukum fiqh, jika cukup rukun-rukun khutbah yang disebutkan sebelum ini, maka khutbah Us. Zakaria Ahmad itu adalah sah. Cuma dia melanggar etika pembaca khutbah di Malaysia yang digariskan olah Jabatan Agama Islam Pulau Pinang iaitu tidak menyebut nama Yang Di Pertuan Agong secara khusus.

Menyebut nama atau berdoa untuk orang bukan Islam dalam khutbah Jumaat tidak salah. Cuba lihat teks kitab Hasyiah Qalyubi Wa Umayrah di atas, “tidak mengapa mendoakan sultan sekiranya tidak melampau dalam berdoa“. Maksud tidak melampau ialah sekiranya seseorang pemimpin itu memang terkenal dengan kezaliman, lalu khatib memuji-muji dan mendoakan dialah pemimpin yang baik, adil dan sebagainya. Perbuatan ini adalah haram kerana meredai perbuatannya yangz alim ataupun kerana ingin “jek” pemimpin tersebut. Namun kalau khatib mendoakan agar Allah beri hidayah kepada pemimpin yang zalim itu supaya dia insaf, maka tidak mengapa.

Us. Zakaria Ahmad sudahpun menjelaskan yang beliau berdoa agar Allah bukakan pintu hati Lim Guan Eng untuk menerima Islam dalam khutbahnya. Adakah itu salah? Kalau UF jadi khatib, bukan setakat nama Lim Guan Eng ja, bahkan UF akan sebut nama Tiger Wood, Arnold Schwarzenegger, Madonna, Karpal Singh, Chua Soi Lek agar Allah berikan hidayah Islam kepada mereka. Ini kerana mereka ada pengikut yang ramai, kalaulah mereka masuk Islam, Insya Allah kalau tak ramai pun, sedikit daripada pengikut mereka ini juga akan masuk Islam. Inilah strategi yang Rasulullah S.A.W buat bila menyampaikan dakwah. Baginda target pemimpin-pemimpin kabilah yang mana kalau pemimpin ini menerima Islam, maka mudahlah rakyatnya juga menerima Islam.

arnoldschwarzenegger

(Sumber gambar: klik di sini).

Wallahu A’lam Bi al-Sawab.

Share/Save/Bookmark

2 Responses to "Bukan Setakat Lim Guan Eng Ja…."

1 | baidah

August 24th, 2010 at 9:24 pm

Avatar

makin panas ni ust. phewww…

2 | usulifaqih

August 28th, 2010 at 7:32 am

Avatar

makan durian banyak kot kamu ni… dok asyik panas panas

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!