UsuliFaqih dot com

28 May, 2010

2 Kolah

Posted by: usulifaqih In: Ilmiah

kolah-1

(Model 2 kolah yang dibina pelajar)

kolah-2

(Kumpulan 1)

kolah-3

(Kumpulan 2)

kolah-4

(Kumpulan 3)

kolah-5

(Kumpulan 4)

kolah-6

(Ukuran dan saiz yang disediakan oleh pelajar)

UF kena mengajar tutorial subjek Fiqh al-Ibadat Wa al-Munakahat dalam semester pendek ni. Untuk tugasan tutorial, UF minta pelajar-pelajar membina “model” al-Qullatain (2 kolah) yang menjadi tanda aras air mutlak.

Nampak para pelajar berminat dengan tugasan tersebut dan mereka telah membina model tersebut daripada kotak. Ukuran saiz bagi 2 kolah dalam kitab-kitab fiqh ialah 1 1/4 hasta yang bersamaan 56.25 sm panjang, lebar dan dalam.

Cuma sukatan air dengan menggunakan tin minyak tanah untuk memenuhi standard 2 kolah agak berbeza di Malayisa. Ada pendapat yang mengatakan 9 tin, ada yang mengatakan 13 tin dan ada pula yang berpendapat 15 tin. Bagi UF, perbezaan ini mungkin berpunca daripada saiz tin minyak tanah yang berlainan dari segi saiznya.

Yang lawaknya ada pelajar yang pergi ke masjid Bandar Baru Nilai untuk mengukur saiz kolah yang ada di masjid tu. Pada tanggapan mereka maksud 2 kolah dalam kitab-kitab fiqh ialah “kolah” yang selalu ada di masjid-masjid. Sebenarnya saiz 2 kolah tidaklah besar sangat dan setelah mereka faham barulah mereka membuat model 2 kolah dengan kotak.

Bagi UF, ini satu aktiviti yang dapat menarik minat pelajar memahami dengan lebih jelas lagi tentang ilmu fiqh. Tidak sekadar teori sahaja malah mereka dapat mempraktikkannya. Syabas kepada anak-anak muridku dan kenangilah ini sebagai satu pengalaman berguna sepanjang hayat.

Share/Save/Bookmark

4 Responses to "2 Kolah"

1 | mai

May 28th, 2010 at 12:47 pm

Avatar

kolah grup 4 pling cntik hehehehe….

2 | usulifaqih

May 28th, 2010 at 7:26 pm

Avatar

ye la tu… cantik tapi tak ikut saiz sebenar… tolak markah

3 | Nafiaz

July 28th, 2010 at 4:55 pm

Avatar

salam..ustaz mohon bertanya.. adakah saiz 2 kolah tu bersamaan dengan kolah yang ada dirumah di taman-taman perumahan…

4 | usulifaqih

August 5th, 2010 at 6:08 pm

Avatar

sama atau tidak kena tengok dulu saiz kolah kat rumah tu… kalau ukurannya sama dengan ukuran yang disebut oleh para ulama, maka ia dianggap 2 kolah. Kalau tak sama maka ia bukan 2 kolah.

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!