UsuliFaqih dot com

07 Sep, 2010

Fiqh Asas (1)

Posted by: usulifaqih In: Fiqh

Jenis-Jenis Air

Air yang boleh bersuci dengannya ada 7 jenis:

1) Air hujan.
2) Air laut.
3) Air sungai.
4) Air perigi.
5) Air mata air.
6) Air salji.
7) Air embun.

Pembahagian Air

Air terbahagi kepada 4 bahagian:

1) Air mutlak: iaitu air yang suci lagi menyucikan serta tidak makruh digunakan. Air ini boleh digunakan untuk wuduk atau mandi wajib.

2) Air panas (musyammas) disebabkan cuaca: iaitu air yang suci lagi menyucikan tetapi makruh digunakan. Air ini boleh digunakan untuk wuduk atau mandi wajib tetapi hukumnya makruh kerana boleh memudaratkan.

3) Air yang telah digunakan untuk wuduk atau mandi wajib (musta’mal):  iaitu air suci tetapi tidak menyucikan. Begitu juga air yang berubah: iaitu air yang berubah bila bercampur dengan benda-benda yang suci. Kedua-dua air ini tidak boleh digunakan untuk berwuduk atau mandi wajib.

4) Air yang bernajis: iaitu air yang jatuh dalamnya najis dan ia tidak sampai (cukup) 2 kolah. Begitu juga air yang cukup 2 kolah tetapi ia berubah bila terjatuh najis dalamnya dianggap najis. 2 kolah itu bersamaan dengan lebih kurang 190 liter isi padu air. Air najis ini tidak boleh digunakan untuk berwuduk atau mandi wajib.

(Sumber: Kitab “Matan al-Ghayah Wa al-Taqrib” - Abu Shuja’).

Share/Save/Bookmark

6 Responses to "Fiqh Asas (1)"

1 | baidah

September 7th, 2010 at 1:13 pm

Avatar

air paip? tak boleh bersuci? air tangki? tangki air kecik saiz 3 baldi plak. alaaa…. xplain lah ikut kontemporari ust

2 | usulifaqih

September 8th, 2010 at 10:41 am

Avatar

air paip ke air tangki ke asalnya sama ada daripada air mata air atau sungai atau mana-mana sumber. Yang penting ia air mutlak. Maka bolehla untuk digunakan bagi tujuan bersuci.

3 | baidah

October 4th, 2010 at 9:14 am

Avatar

kat singapor, air kumbahan disuling jadi h2o, boleh guna buat bsuci ke? boleh minum ke? air shit tuuu

4 | usulifaqih

October 8th, 2010 at 12:43 pm

Avatar

Newater tu dah difatwakan oleh jawatankuasa fatwa Singapura sebagai halal diminum. Walaupun asalnya air kumbahan tapi ia telah diproses sehingga menjadikan air tu jernih dan mutlak sehingga boleh diminum.

Untuk maklumat lanjut boleh rujuk fatwa tersebut. Us Yunus pensyarah FSU USIM pernah bentang paper tajuk ni. Ada dalam buku diskusi pertama terbitan FSU. Boleh beli….

5 | sufi

May 30th, 2011 at 7:21 pm

Avatar

kalau air paip tu kita masak pun boleh guna ya? maksudnya air masak yang x panas la..
bagaimana pula kalau air mineral/ air kosong yang dalam botol, yang dijual kat kedai? boleh juga utk dijadikan air wuduk?

6 | usulifaqih

June 2nd, 2011 at 5:16 pm

Avatar

Air yang dimasak atau air mineral boleh digunakan untuk bersuci selagi air tu tidak bercampur dengan bahan suci lain (tak kisah lah apa pun).

Bila bercampur dengan bahan suci lain (contoh gula, kopi dll) ia dipanggil air mutaghayyir (air yang berubah).

Bila bercampur dengan najis, ia dipanggil air mutanajjis (air bernajis) yang tidak boleh digunakan untuk bersuci.

Comment Form


  • usulifaqih: Memang makna dia jem buah pun
  • nabilah: sy ade cari mksd murabba 2.jem buah.btl ke uf?
  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!