Setelah itu aku pula mengutusi Dr. Tawfiq bertanyakan cara permohonan memasuki Universiti Damascus dengan lebih lanjut. Beliau meminta agar aku mengirimkan semua sijil dan surat yang berkenaan kepadanya. Beliau akan membantu aku mengemukakan permohonan ke universiti Damascus. Aku bertanyakan seorang sahabat aku (Ridwan Rizal) yang pernah ke Syria, mungkin dia tahu kalau-kalau ada pelajar Malaysia [...]
Kebetulan pula ada seorang pelajar Malaysia (Wifaq) yang sedang membuat Ph.D di Universiti Maula Ismail, Maghribi datang ke USIM untuk memohon jawatan akademik. Aku yang menemani beliau berjumpa dengan Prof. Dato’ Dr. Asin bin Dollah (Timbalan Naib Canselor) berhubung dengan hasratnya itu.
Setelah berbincang dan mendapatkan maklumat daripada Wifaq, aku membuat keputusan untuk membuat Ph.D di [...]
Aku mula mencari maklumat universiti-universiti yang terletak di Timur Tengah. Aku melayari laman web semua universiti-universiti negara Arab. Aku ingin mencari pengajian Ph.D secara penulisan tesis sahaja tanpa kerja kursus, tapi aku inginkan universiti yang tidak ramai pelajar Malaysia di situ. Akhirnya di hadapanku ada tiga negara yang menjadi pilihan.
Pertama Universiti Kaherah, Mesir, kedua Universiti [...]
Aku pensyarah kanan di Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Aku mula bertugas di USIM pada 13 April 2001 sebagai seorang tutor. Ketika itu aku telah selesai menulis tesis Master di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) dan sedang menunggu viva tesis.
BERSAMBUNG…
Aku antara tenaga akademik awal yang berkhidmat di USIM malah [...]