UsuliFaqih dot com

Archive for the ‘Novel Kisah Benar’ Category

23 Jul, 2011

Dimashqu (23)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Selepas makan, Rosli membawa aku ke Suq Hamidiyyah yang terletak tidak jauh dari Mazah. Suq Hamidiyyah menjadi tempat tumpuan pelancong yang datang ke kota Dimashq atau Damascus. Di situ pelbagai barang cenderhati, baju dan pelbagai lagi yang dijual. Tempatnya juga unik, cantik dan besar.
Di situ tidak ada apa yang aku beli, hanya meninjau-ninjau di Suq [...]

28 Dec, 2010

Dimashqu (22)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Tapi Dr. Tawfiq tidak ada di pejabatnya ketika itu. Kami tidak menunggu lama di situ dan Rosli membawa aku ke medan Mazah pula dengan teksi. Sampai di sana Rosli bertanya jika aku ingin makan apa-apa. Aku mengiyakan dan kami menuju ke sebuah kedai makan di situ. Aku bertanya pula kepada Rosli kalau di Syria ada [...]

31 Oct, 2010

Dimashqu (21)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Pagi Sabtu tu aku dah berjanji dengan Rosli untuk pergi ke Universiti Damascus. Aku minta tolong dia untuk tunjukkan jalan dan bagaimana hendak ke sana. Ye lah, aku baru sampai di Syria, jadi tak tahu langsung jalan-jalan di sana. Aku menunggu kedatangan Rosli dan bila dia sampai di rumahku, kami pun bergerak ke destinasi.
Daripada “Sina’ah” [...]

15 Jun, 2010

DIMASHQU (20)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Beberapa kali aku terjaga kerana merasakan begitu lama aku tidur. Setiap kali terjaga, aku tertanya-tanya waktu subuh dah masuk atau belum. Lebih kurang 4.30 pagi aku terjaga dan bersiap-siap untuk ke masjid bagi menunaikan solat subuh. Terasa puas aku tidur selepas seharian keletihan kerana baru sampai di bumi Syria. Subuh pagi itu begitu sejuk kerana [...]

10 Feb, 2010

DIMASHQU (19)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Seingat aku, petang itu kami sekeluarga hanya makan megi dan roti. Tak lama kemudian Rosli datang ke rumah aku bersama seorang lagi pelajar Malaysia yang belajar di Syria iaitu Zubairi yang berasal dari Kedah. Rosli tinggal serumah dengan Zubairi dan sembang punya sembang, rupanya Zubairi adalah adik kepada seorang kawan aku (Zahir Ghazali) semasa belajar [...]

20 Jan, 2010

DIMASHQU (18)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Setelah selesai solat Jumaat aku berjalan-jalan di sekitar kawasan masjid untuk mengetahui apa yang ada di situ. Nampaknya terdapat kedai-kedai runcit, kedai menjual ayam, kedai sayur-sayuran dan sebagainya. Jadi senanglah nanti kalau nak beli keperluan dapur kerana banyak kedai di situ. Aku berjalan lagi ke jalan besar meninjau apa yang ada di sana. Kelihatan ada [...]

01 Jan, 2010

DIMASHQU (17)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Kami akhirnya sampai di satu kawasan yang bernama Sina’ah. Bangunan (Imarah) di situ sama saja diĀ  Mesir iaitu bangunan 3-4 tingkat macam rumah flet. Rumah penginapan aku terletak di tingkat bawah sekali (Ardiah) di sebuah lorong kecil. Setelah membayar tambang pengangkutan sebanyak 400 Lira, kami mengangkut beg-beg ke dalam rumah. Alhamdulillah nampaknya rumah ni besar [...]

08 Dec, 2009

DIMASHQU (16)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Melihat 2 orang pelajar itu, hati aku terdetik takkan 2 orang saja yang datang jemput aku namun cepat-cepat aku menepis tanggapan negatif itu. Mungkin seolah-olah memahami isi hati aku, Rosli memberitahu yang pelajar-pelajar lain kebetulan pada pagi itu ada mesyuarat agong Persatuan Pelajar Malaysia Syria, jadi hanya dia dan Aminuddin saja yang datang menjemputku dan [...]

22 Nov, 2009

DIMASHQU (15)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Setelah lebih kurang sejam setengah penerbangan dari Dubai ke Damascus akhirnya sampai juga aku di Syria. Melihat dari jendela kapal terbang sebelum mendarat kelihatan tanah padang pasir seperti Mesir. Terlintas di pemikiran aku bahawa keadaan di Syria tidak banyak bezanya dengan Mesir. Aku dan keluarga sampai di Syria pada hari jumaat pagi jam 9.30 16 [...]

03 Nov, 2009

DIMASHQU (14)

Posted by: usulifaqih In: Novel Kisah Benar

Pukul 4 pagi aku dan keluarga dah bangun dan mandi serta bersiap lebih kurang untuk ke Airport Dubai. Jadual flight ke Damascus, Syria lebih kurang jam 7 pagi waktu Dubai. Perjalanan ke Airport pada waktu awal pagi lebih cepat kerana tiada kesesakkan. Bila sampai di Airport sementara menunggu waktu Subuh, kami menjamah burger yang dibeli [...]



  • usulifaqih: Water heater hanya memanaskan air sahaja, ia tidak mengubah sifat air tu. Maka sah berwuduk dengannya...
  • nabila: kalau sya mandi wajib dan ambil wuduk guna air panas , sah tak ? contohnya guna heater .
  • usulifaqih: Gambarnya seperti dalam post di atas yang telah diupdate. Asalnya khuf ni kasut yang diperbuat daripada kulit yang menutupi sehingga atas buku lali. I

Siapa Dr. UsuliFaqih?

Dr. Irwan bin Mohd Subri, Pensyarah Kanan, Fakulti Syariah dan Undang-Undang, Universiti Sains Islam Malaysia.

Laman Sosial Muslim "Islamy"

E-Book Percuma

Dapatkan e-book istimewa ini secara percuma dengan mendaftar di blog Usulifaqih. Hanya masukkan nama dan alamat emel anda kemudian klik 'Daftar'.
:
:

Powered by GetResponse email marketing software. Try it for FREE!

Puasa: Antara Ibadat & Adat

Album Terbaru INSTINCT

Kini Di Pasaran!!! Klik Gambar untuk maklumat lanjut:

E-book UF

1. Aliran Hadis Dan Aliran Fikiran Dalam Fiqh. ISBN: 978-967-5844-02-7. Klik gambar: Ebook Aliran Hadis dan Aliran Fikiran dalam Fiqh
2. Imam-Imam Empat Mazhab. ISBN: 978-967-5844-01-0. Klik gambar:
3. Pelaburan Harta Zakat (Garis Panduan). ISBN: 978-967-5844-00-3. Klik gambar:

Album Pertama Instinct

Minisite Gergasi

Minisite Gergasi

Pemberitahuan

Artikel mengenai Usul Fiqh yang dimuatkan dalam blog ini boleh dimanfaatkan oleh semua pembaca dengan syarat disebut dan dinyatakan bahawa usulifaqih adalah penulisnya. Sebarkanlah ilmu dengan penuh sifat taqwa dan amanah. Harap maklum!